Perempuan Dan Koleksi Barang Make Up

12:39:00 AM
Perempuan dan barang make up memang tak  dapat dipisahkan. Kalau beg make up tu besar, memang penuh la koleksi alat make up dalam tu. Aku dulu mana reti nak beli barang make up bagai ni. Nak pakai pun malas sebab bagi aku melambatkan je untuk bersiap. Dah la nak pakai tudung pun dah ambil masa. Ni kan pulak nak pakai make up bagai. Cukup la hanya sekadar tepek bedak sikit dan lip gloss. Kasi bibir tu bersinar gitu haa. Hahaha.. Tapi beza pulak dengan sekarang. Sejak dah habis belajar ni macam teringin dah nak pakai make up ni tapi takde la pakai tebal-tebal tu. Calit-calit sikit je. Nak bagi muka tu berseri gitu. Lagipun aku tak reti lah nak makeover ni. Biasa-biasa boleh la. Hihihihi.. 

Antara koleksi barang make up aku.. hikhikhik


Kalau korang tengok kan tu merupakan salah satu koleksi aku.. Sikit je. Tak banyak mana pun. Ada BB Cream CosmodermPerfect Sunscreen Foundation Cosmoderm, bedak Pixi, set make up Victoria JacksonBlanco Serum Nanafabeauty dan yang sewaktu dengannya. Hihihihi.


Dulu-dulu aku tak reti pun nak pakai bb cream bagai ni. Benda tu pun aku tak kenal. Yang aku tahu hanyalah compact powder. Tu je la yang aku kenal. Tapi bila dah semakin melangkah ke alam dewasa ni (dewasa dah ke?) macam nak cuba la kan pakai benda alah tu. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan BB Cream Cosmoderm dan Perfect Sunscreen Foundation dari Cosmoderm. Boleh dikatakan bila nak keluar je jalan-jalan, mesti aku pakai BB Cream Cosmoderm ni. Memang best pakai dua produk dari Cosmoderm ni. Aku puas hati sangat. Nak tahu apa kelebihan BB Cream dan Perfect Sunscreen Foundation dari Cosmoderm ni?


Kelebihan BB Cream Cosmoderm

  • Bedak Asas - formulasi ringan dan tampak seri, mudah dipakai sebagai bedak asas
  • Mengembalikan kelembapan semulajadi kulit 
  • Mencerah dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  • Tabir Suria dengan SPF35PA+++ , bertindak sebagai perisai kulit dari sinaran UVA yang rosakkan sel kulit punca penuaaan awal dan jeragat dan UVB punca kulit lebih gelap dgn menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan
  • Meredakan kemerahan dan Iritasi kulit wajah
  • Boleh dibawa solat

Kelebihan Perfect Sunscreen Foundation 

  • Memudarkan parut
  • Mengurangkan garis halus
  • Memudarkan jeragat
  • Menyembuhkan parut
  • Mengunci kelembapan
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Meratakan tona kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Memberi perlindungan dari sinaran UVA dan UVB dengan SPF35 PA+++


Selain itu , aku pun pakai jugak compact powder Pixi. Macam mana aku boleh pakai bedak Pixi ni? Kawan aku masa dok praktikal dulu yang cadangkan pada aku supaya guna bedak ni. Aku selesa pakai bedak Pixi ni. Tak rasa berminyak dan melekit pada muka. Victoria Jackson ni pulak merupakan antara barang make up yang paling mahal aku beli. Hahahaha.. Kalau dulu jangan harap la nak beli barang-barang mahal ni. Membazir duit je. Tapi sebab aku rasa macam berbaloi je dengan Victoria Jackson ni jadi, aku pun beli juga la. Kenapa aku kata berbaloi? sebab dalam kotak hitam tu mengandungi eye shadow, lipstik, blusher, eye pencil, lip pencil dan mascara. Nampak je kecil tu tapi macam-macam ada ok. Boleh letak dalam handbag  untuk saiz macam tu.

Kalau korang perasan ada jugak Blanco Serum Nanafabeauty. Sebelum ni memang aku tak pernah pakai pun serum serum ni. Tetapi setelah diperkenalkan dengan produk dari Nanafabeauty ni, aku teringin jugak la nak cuba produk terbaru ni. Sebulan lebih aku pakai serum ni dan aku nampak la sedikit demi sedikit perubahan pada muka aku. Jerawat cepat kecut dan kesan parut jerawat pun makin hilang. Apa yang penting kena la konsisten dengan produk yang kita gunakan.

Tu je la serba sedikit produk kecantikan yang aku gunakan. Korang punya pulak macam mana? Mesti lagi banyak dari aku kan? Hehehe.. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Azlinda Azman
AUTHOR
March 8, 2016 at 10:02 AM delete

akk pun suka barangan cosmoderm.

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
March 8, 2016 at 3:17 PM delete

simple pun tapi kalau pandai dipadankan, jadi menarik... boleh kalah Dato Vida.. hahahahahaa...! :)

Reply
avatar
Nur Fannun
AUTHOR
March 10, 2016 at 11:18 PM delete

musim pns mmg kna slalu pki sunscreen block la jwbnye tka blh tinggal

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon