Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar

11:43:00 PM
Assalamualaikum. Zaman belajar adalah zaman yang paling indah buat seseorang. Masa ni lah nak lepak dengan kawan-kawan sampai pagi, tengok movie dalam bilik dengan kawan-kawan, makan berjemaah, bergosip dan macam-macam lagi lah. Sebab masa zaman belajar ni kehidupan kita hanya bersama kawan-kawan. Keluarga pulak dok jauh. Hanya kawan-kawan lah tempat kita bermanja. Betul tak? Zati dah setahun tamat zaman belajar. Tipu lah kalau kata tak rindu kan suasana universiti tu. Rindu suasana dalam kelas. Rindu nak berkampung kat library. Rindu nak join aktiviti universiti dan macam-macam lagi lah. Pendek kata rindu semua lah. Hehehe..




Bagi mereka yang masih belum tamat belajar tak merasai apa yang akak kau rasa dik. Tapi bila nanti korang dah tamat belajar, masa tu pasti akan timbul Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar. Macam aku sekarang ni laa, kadang-kadang timbul jugak rasa rindu kat alam kampus tu. Sape tak rindu oiii. Pahit manis banyak dah yang aku lalui sepanjang bergelar mahasiswi.

Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar

1) Makan maggi tengah malam
Waktu dok belajar kat UiTM dulu memang ini lah perkara yang sering aku lakukan. Pukul 12 atau 1 pagi masak maggi sebab perut lapar selepas perah otak study. Kenangan ni. Kat rumah takde maknanya nak makan maggi pukul 1 pagi tu. Kat rumah sudah tentunya cari nasi kalau lapar. Kan?


2) Tidur masa kelas
Yang ni boleh dikatakan hampir setiap orang akan tidur masa kelas termasuk lah aku. Upsss. Maafkan saya wahai pensyarah-pensyarah ku. Tapi masa sekolah dulu pun pernah jugak aku tidur dalam kelas. Waktu kelas sejarah. Hahahaha. Aduyaii. Teruk sungguh laa. 


3) Study dengan kawan-kawan malam exam
Benda ni mungkin ramai yang buat. Kumpul dengan kawan-kawan kat bilik untuk study. Ada yang riuh dan ada yang jenis senyap. Tapi aku lebih suka memakai headphone kat telinga sebab tak nak gangguan. Bila tak paham baru la rujuk mereka. Hehehehe..


4) Enjoy lepas exam
Bila dah habis exam memang gembira sangat kan sampaikan dah tak fikir tentang jawapan yang kita jawab masa exam tu. Yang penting dah habis exam dan boleh qada' tidur. Hahahaha.  Ada yang lepas habis exam keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. Tapi aku pulak jenis yang suka menyendiri. Habis exam terus balik rumah. Yuhuuuu..


Walau macam mana pun semua tu hanyalah kenangan. Setiap orang pasti akan melaluinya. Yelah, masa belajar dulu kalau boleh nak je cepat-cepat habis belajar sebab tak nak mengadap buku. Tapi bila dah habis belajar ni memang suasana dok sekolah atau kampus itulah yang paling kitab rindui. Buat adik-adik yang masih belajar tu, hargailah zaman belajar anda. Masa belajar ni lah kita nak enjoy dengan kawan-kawan dan tuntut ilmu sehabis mungkin. Bila dah kerja takde masa dah dik kau nak enjoy bagai tu. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
aswaleyla
AUTHOR
March 3, 2016 at 12:12 AM delete

walaupun x abis belajar lgi, ttp rindu zaman diploma

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
March 3, 2016 at 9:09 AM delete

Yup. ..rindu sangat..tp hakikat nya. .hidup perlu di teruskan

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
March 3, 2016 at 5:31 PM delete

tidur dalam kelas...?!! aiippp..nakal juga zatie ni.. hehehehehe.. :)
kak ain paling rindu zaman nak lepak2 tepi pantai sebelum start study week dengan lepas abis exam.. cewaahhh..!! release tension la konon.. :)

Reply
avatar
Mar Mansor
AUTHOR
March 4, 2016 at 5:01 PM delete

waktu belajar paling seronok rasanya..rindu

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
March 6, 2016 at 8:16 AM delete

Lps dah habis ..ingat balik segala macam peel dan ragam..rasa cam nak nangis kan kan kan..rindunyerr saat2 tu

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon