Saturday, March 19, 2016

Tahniah Shahrol Shiro & Anna Danisha

Sebelum ni ada yang tanya aku Frust Ke Mat Lutfi Kahwi? Jawapan aku mestilah tidak sebab aku die hard fan Mat Lutfi. Hanya sekadar minat tengok video dia. Tetapi semalam satu-satunya pelawak yang paling aku minat dah kahwin dengan gadis pilihannya. Nak tahu tak siapa? Orang tu ialah Shahrol Shiro. Ohhh. Robek hatiku. Ehhh. Hahaha.. Hari ni memang sedih laa tengok wall facebook sebab dok tengok gambar #1stEFGGathering dan gambar kahwin Shahrol Shiro ni. Hehehe.. Alahhh.. Frust sikit je laa.. Hihihi




Aku tak sangka ramai rupanya yang tidah tahu Shahrol Shiro ni duda. Sebenarnya aku dah lama tahu yang Shahrol Shiro ni duda dan ada seorang anak lelaki yang comel bernama Adam Danish. Dah nama pun peminat tegar kumpulan Shiro kan, mestilah tahu jugak serba sedikit latar belakang mereka ni. Hehehe.. Setelah hampir 3 tahun bergelar duda, akhirnya Shahrol menamatkannya dengan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya iaitu Anna Danisha. Dia pilih Anna Danisha. Tak pilih aku. Hahaha.. Ni kalau encik pakwe aku baca, mesti dia jeles. Ehhh.. Hahahahah.. Jangan marah yer awak. Gurau je.. Hihihi

Pasangan ini selamat diijab kabulkan selepas 3 kali lafaz dengan mas kahwin senaskhah Al-Quran. Alhamdulillah. Tetapiii, fuhhh 3 kali lafaz tu. Mesti si Shahrol ni berdebar habis masa nak jawab akad nikah. Hihihi.. Namun, semuanya sudah pun selamat. Tahniah diucapkan buat kedua mempelai. Semoga bahtera yang dibina berkekalan hingga ke syurga.. Amiiin..

Aku pun sedang menghitung-hitung jugak ni. Bila agaknya giliran aku pulak untuk bergelar isteri? Hihihi.. Mohon awak cepat-cepat masuk meminang. Hahahaha.. Ok lahh. Meh aku belanja gambar sikit untuk korang yerr. Semoga peminat Shahrol dapat tabahkan hati apabila melihat gambar ini termasuklah aku.. Hahahaha..












Aduhaiii.. Suka tengok gambar mereka lagi-lagi gambar pengantin dengan anak Shahrol. Sweet je. Kalau korang nak tengok lagi banyak gambar, boleh tengok kat FB Era FM yerr.. Oklah. babai..




Sumber gambar FB Era FM ..

3 komen

e'eh. aida br tau ni hah shahrol kawin.
takde masuk tv pun ekk.
cantik wife dia :)
anak dia comel gilos!

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon