Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Thursday, March 31, 2016

Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan

Sudah menjadi trend terkini pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga ingin mengadakan majlis kahwin yang mewah dan grand. Kononnya nak dapat gelaran wedding of the year laa macam artis-artis tu. Tetapi sedarkah anda mengadakan majlis kahwin yang serba mewah itu sebenarnya membazir dan membuang duit sahaja? Anda mungkin tidak menyedarinya kerana bagi anda yang penting majlis kahwin anda tu meriah dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir. Betul tak? Jika anda dari golongan yang ada-ada tu tak kisah la nak adakan majlis besar-besaran tu tapi macam mana pula yang dari golongan sederhana. Gaji yang ada pun hanya cukup untuk bayar mas kahwin je tapi masih nak buat majlis besar. Bagi anda yang ingin adakan majlis perkahwinan secara sederhana, aku kongsikan sedikit Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan. Bukan untuk korang je, untuk aku jugak sebab aku pun belum kahwin lagi tapi bakal kahwin laa.. Opsss. Hehehe..



Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan


1) Kenalpasti Kemampuan
Nak buat sesuatu majlis tu tengok kemampuan diri sendiri dulu. Anda ni mampu ke tidak nak buat majlis yang besar-besaran? Jika tidak mampu, usahlah sampai ke tahap ingin membuat pinjaman semata-mata untuk buat majlis kahwin yang grand. Anda perlu ingat bahawasanya kos selepas kahwin nanti lagi banyak yang perlu difikirkan. Ada baiknya simpan sahaja duit itu untuk keperluan anda suami isteri selepas majlis nanti. 

2) Kenalpasti Majlis Perkahwinan Idaman
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pastinya mempunyai majlis perkahwinan idaman masing-masing. Bincang bersama pasangan serta keluarga tentang majlis perkahwinan idaman anda. Harus ingat supaya tidaklah terlalu membazir dalam membuat sesuatu majlis dan nyatakan juga berapa bajet anda untuk majlis perkahwinan itu supaya tidak terjadinya salah faham antara kedua belah pihak.

3) Sediakan Senarai dan Kos Perbelanjaan
Sebelum mengadakan sesuatu majlis, pentingnya untuk senaraikan barang keperluan majlis perkahwinan anda serta kaji kos perbelanjaan setiap barangan yang diperlukan supaya jumlah kos yang dikira tidak tersasar jauh dari bajet yang telah anda tetapkan.

4) Tentukan Siapa Yang Bayar
Dalam hal ini pentingnya toleransi antara pasangan yang ingin berkahwin. Sebaiknya anda dan pasangan bincang sebaiknya perihal siapa yang akan bayar kos pelamin, jurufoto dan sebagainya supaya bukan hanya diletakkan segala beban pada satu pihak sahaja. 

5) Pengurusan Kewangan
Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, perlulah tahu menguruskan kewangan dengan baik yang mana melibatkan pengurusan pendapatan, perbelanjaan harian, dan hutang. Anda perlulah mempunyai bajet bulanan dan  cuba berbelanja tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Di samping itu juga, haruslah sebahagian dari gaji anda disimpan bukan sahaja sebagai majlis persediaan perkahwinan malahan untuk masa depan juga. 

6) Kaji dan Bandingkan Harga
Membuat kajian dan bandingkan harga setiap servis yang disediakan juga penting bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Hal ini kerana supaya anda dapat mencari servis yang terbaik dengan harga yang berpatutan. 

7) Kejar Jualan Murah
Sekarang ni boleh dikatakan setiap kali musim perayaan akan ada jualan murah yang diadakan sehingga kan membuat kita menjadi rambang mata untuk memilihnya. Jadi, buat anda pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlulah mengambil kesempatan jualan murah ini untuk mendapatkan barang-barang persiapan majlis perkahwinan anda.

8) Rekod Perbelanjaan
Pentingnya untuk merekod setiap perbelanjaan yang digunakan supaya ia dapat membantu untuk mengawal setiap perbelanjaan yang dikeluarkan agar ianya tidak melebihi bajet anda. Oleh hal yang demikian, anda boleh lah melakukan penjimatan terlebih awal jika terdapat perbelanjaan yang melebihi bajet.


Kesimpulannya. segalanya terletak pada diri masing-masing. Nak buat majlis perkahwinan yang besar-besaran tu takde salahnya jika korang berkemampuan. Macam yang aku cakap awal-awal tadi laa. Kalau korang ni golongan atasan atau golongan yang ada-ada, nak buat majlis kahwin 4 hari 4 malam berturut-turut pun takpe sebab korang mampu. Yang aku tegaskan kat sini adalah mereka yang kurang berkemampuan. Seeloknya bincang lah baik-baik dengan keluarga anda dan pasangan anda supaya tidak terjadinya perselisihan faham macam isu hantaran 15K baru-baru ni. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Aku bukan setakat mengingatkan korang yang belum kahwin je, aku sendiri pun belum kahwin juga. Kita sama-sama saling pesan memesan. Semoga ianya bermanfaart untuk kita semua. Sekian..


5 comments:

  1. tips yang berguna untuk bakal pengantin...

    ReplyDelete
  2. bab bab perbelanjaan kawin ni xleh amek mudah. kena selaras dengan yang mampu je. kalau tak, sendiri makan diri

    ReplyDelete
  3. yg penting ikut kemampuan kan kak zatie,

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Pendek kata, semuanya ikut kemampuan. Jangan berbelanja melebihi kemampuan yang ada. Kehidupan selepas kahwin lagi penting :)

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)