3 Cara Perempuan Marah

12:20:00 PM
Orang kata perempuan ni bila dia marah memang bahaya. Bahaya ke? Terpikir aku sejenak. Hahaha. Orang perempuan ni takkan marah tak tentu pasal tapi bila dia marah pasti ada sesuatu yang orang lelaki buat sampai bikin dia jadi marah. Yang ni memang bahaya. Ada sesetengah perempuan dia tak suka marah-marah. Dia rilek je dan cool je. Kalau korang yang lelaki dapat makwe atau isteri jenis macam tu memang untung laa tapi bila sekali dia meletup baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah. Hahaha. 

Aku pulak memang seorang yang cepat marah. Aku ngaku siap-siap ok tapi aku cepat sejuk. Marah aku kadang-kadang kejap je. Bukannya lama sangat pun. Kena pandai pujuk laaa tapi dapat pulak si buah hati yang tak suka memujuk. Haihhh. Akhirnya, aku pujuk diri sendiri je laaa. Hahaha. Abaikan cerita aku. Aku sebenarnya bukan yang jenis suka marah-marah sangat tapi cara tu nampak macam nak marah. Bukannya nak marah pun. Orang je sering salah paham.. Orang perempuan ni kalau dia marah macam-macam cara dia tunjuk. Tapi macam mana pulak bila dia marah ketika sedang ber'sms' atau Whatsapp? Haaa... Ada 3 Cara Perempuan Marah bila dia sedang ber'sms' atau whatsaap dengan yang tersayang..


3 Cara Perempuan Marah

1) Dia reply sepatah dua. Bahaya
Bahaya jugak kalau reply sepatah dua ni. Tu tandanya dia dah takde mood nak layan korang. Dia sedang cuba menahan marah dia. Dari dok gaduh panjang baik dia balas sepatah dua je. Contohnya: "ikut awaklah.." Ayat ni sebenarnya yang selalu aku guna bila nak marah. Si dia pun dah paham. Hahaha. Nasib baik paham tapi kalau yang jenis susah nak paham tu memang patut bagi kaki je. Haha. Kejamnya aku. 

2) Dia reply panjang lebar. Bahaya
Kalau dah reply sepatah dua pun bahaya inikan pula reply panjang lebar. Bila dah reply panjang lebar tu dah macam membebel pun ada jugak. Dah korang pun susah nak paham. Dia pun mesti naik angin. Sebab tu yang jadi sebuah karangan SPM bila korang dok whatsaap atau SMS. Masa tu sila baca dan hadam je la yerr. Esok lusa korang buat benda sama lagi. Hahaha..

3) Dia diam. Pun bahaya
Bila dah diam ni memang bahaya jugak la sebab dia dah malas nak cari pasal dengan korang. Orang lelaki ni kadang-kadang bukan kisah sangat kalau tengok perempuan marah. Dia biar je. Kalau dah dia dok diam tu memang lagi la dia sedang menahan marah. Lepas tu korang pulak yang lelaki buat tak tahu. Alamatnya memang tak selesai masalah lah. Alahai..

Kesimpulannya, orang perempuan ni bukan suka nak marah-marah sangat pun. Dia marah tu tanda tak puas hati je bila korang tak nak layan dia. Tak nak dengar cerita dia. Sebab tu lah dia marah. Apa yang penting adalah saling memahami antara satu sama lain. Aku sendiri pun masih dalam proses memahami jugak. Jadi, setiap yang berlaku cuba lah selesai dengan cara yang elok dan harmoni. Ok lah. Babai.. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
Nadia Johari
AUTHOR
April 22, 2016 at 3:54 PM delete

hahahah...memang marah sangat tu..

Reply
avatar
YieN
AUTHOR
April 22, 2016 at 4:48 PM delete

Daku yg no.2, kalau org tu x reply pon lagi berjela leteran aku, hahaha~~

Reply
avatar
Padin
AUTHOR
April 23, 2016 at 12:36 AM delete

hahaha.. lebih baik dia marah panjang2, nak membebel banyak mana sebab tu memang keistimewaan... tau apa yang dia marah, daripada senyap macam batu...

Reply
avatar
Farah Dafri
AUTHOR
April 23, 2016 at 9:36 AM delete

haha, bila reply sepatah dua - pastu si lelaki buat xpaham, lgi la nyirap!

Reply
avatar
Sufian Aris
AUTHOR
April 24, 2016 at 6:05 PM delete

Klau fikirkn blik x elok nk putus cinta klau dsebabkn marah..

Reply
avatar
Sufian Aris
AUTHOR
April 24, 2016 at 6:07 PM delete

Sya sbagia lelki kna bnyak bersabar

Reply
avatar
adk dayah
AUTHOR
April 29, 2016 at 10:11 AM delete

dayah yang no 1 tu bila mana bole lagi nak layan, tapi akan jadi no 3 bila mana, api dalam d=badan hampier meletop, jarang sekali no 2 sebab dayah tak suka bebel panjang-panjang dekat laki, semua yang kenal dengan dayah dah tahu perangai dayah..hee

Reply
avatar
Jid Kninne
AUTHOR
September 3, 2016 at 4:42 PM delete

Bola bagi pendapat mcm mane nk pujuk orang yg sedang marah ni...smua berpunca dari sya asyik ulang bnda yg sama. Tapi kali ni sidia btul2 marah

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 27, 2016 at 8:00 AM delete

Samalah, mai cepat marah dan cepat sejuk. dapat plak yang tak reti pujuk, aish malas lah nak marah lama2, so untuk tak marah lama2 tu Mai akan reply text panjanggggggggg biar segala yang tak puas hati tu luahkan dalam tu, biar dia faham, hahahaha.

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
April 8, 2017 at 9:24 AM delete

3 cara ni ada Siqah buat kalau tengah marah. Hihi. Biasalah perempuan kan. Macam2 perangai ada. Kadang2 tak faham dengan diri sendiri pun ada jugak 😂

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon