Janjiku | Filem Muzik Hafiz Hamidun & Mira Filzah

10:34:00 PM
Jodoh itu datang tanpa kita sedari. Kadang-kadang puas kita menanti tapi jodoh masih tak kunjungtiba. Tah pape je la yang aku melalut ni. Ni semua penangan lepas aku tengok filem muzik Janjiku dari Hafiz Hamidun yang mana filem muzik ini juga menampilkan Mira Filzah sebagai bintang utama. Sweet bak hang filem muzik ni. Kalau korang dah pernah lagu terbaru Janjiku dari Hafiz Hamidun ni, korang jugak patut tengok filem muzik Janjiku ini. Video muzik yang simple tapi jalan cerita yang menarik. 


Janjiku | Filem Muzik Hafiz Hamidun & Mira Filzah

Seperti yang sedia maklum Hafiz Hamidun telah pun mengeluarkan single nya yang terbaru berjudul Janjiku. Lagu yang berunsur pop kontemporari itu menggambarkan luahan hati seseorang terhadap sebuah perkahwinan yang mana dirinya sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Disebalik lagu itu juga menceritakan bahawa bukan mudah untuk mendapat seseorang yang istimewa di hati. Segalanya telah diceritakan di dalam Lirik Lagu Janjiku ini. Korang boleh dengar dan hayati lirik lagu ini. Sememangnya cukup bermakna setiap seni kata lagu Janjiku ini. Menariknya lagu Janjiku ini juga telah mengeluarkan sebuah filem muzik yang mana ianya dilakonkan oleh Hafiz Hamidun bersama Mira Filzah. Melalui filem muzik ini korang akan lebih memahami maksud lagu ini. 

Filem muzik ni simple je tapi cukup memberi kesan. Sweet dan romantik gitu dan yang pastinya kita ni tak boleh nak benci atau menyampah dengan seseorang sebab nanti mana la tahu kan jika dia tu adalah jodoh kita. Ehh. Macam dalam video muzik lagu Janjiku ni, pada mulanya Mira tu menyampah dengan Hafiz yang seakan berlagak masa mula-mula berjumpa dengan dia. Mira ni pulak seorang gadis yang kalut tapi comel. Lama kelamaan Hafiz ni tangkap cintan dengan Mira dan cuba bantu Mira untuk membiayai kos rawatan ayahnya di hospital. Aku tak nak cerita semua nanti tak syok pulak kan untuk korang yang belum tengok lagi tu.

Jadi, aku cadangkan untuk korang yang belum tengok lagi video ni sila tengok sekarang. Tapi aku pasti korang akan cair dengan Mira Filzah ni terutama yang lelaki laa. Hahaha.. Jangan cair sangat nanti makwe atau bini korang tu marah. Aku tak jamin hokey. Hehehe.. Untuk memudahkan lagi korang menonton video ni, aku dah sediakan siap-siap untuk korang. Selamat menonton yerr.. Babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
careno
AUTHOR
April 5, 2016 at 10:32 AM delete

ok nnti ade ms nak layan kjap film music ni...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon