Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Sunday, April 17, 2016

Menangis Bila Tengok Kucing Sakit

Aku memang tak boleh tengok kalau kucing kesayangan aku sakit dan tak aktif. Automatik aku akan rasa sedih dan nak nangis. Alahai. Kali ni sekor lagi kucing aku luka teruk kat kaki. Agak teruk jugak sampai nampak buruk dan bengkak. Lalat pun macam dah berkenan dengan kaki dia tu. Aku yang tengok luka dia pun rasa seram wooo.. Huhuhu. Nanti korang boleh tengok gambar kat bawah. Aku akan tunjukkan. Harapnya korang jangan geli pulak ehh.. Bukan nak menakutkan korang pun..





Lupa pulak nak bagitahu nama kucing yang sekor ni. Nama dia Charlie. Pagi tadi mak ayah aku dah bawak si Charlie ni pegi vet dan dah kena cucuk ka kucing aku ni. Lepas tu doc vet tu suruh ayah aku beli spray untuk sembuhkan luka dia dan untuk mengelakkan dari di hurung oleh lalat. Memang luka dia kena hurung lalat pun berbau. Aku yang tengok ni pun menangis weii bila dengar dia menjerit sakit. Huhuhu. Sedih bila tengok kucing selalu dok bermanja dengan kita kena sakit camni. Hurmm. Jadi petang tadi adik aku pun pegi beli spray Zoosamex tu. Harga dia RM42. Kalau tengok kat tag harga tu RM45. Mungkin kedai tu bagi kurang la kot. Huhuhu..


spray zoosamex
Spray yang adik aku beli untuk sembur kat luka kucing


Nak tahu macam mana dia boleh kena luka sampai macam tu? Asalnye dia kena cakar kat bapak kucing jahat belakang rumah aku dan kaki dia luka sikit. Sebelum ni takde la luka teruk sampai camtu sekali. Luka sikit je pastu bila luka baru nak baik dia pulak suka main merata. Lepas tu luka kat kaki dia berdarah kembali. Aduyaii. Kucing aku yang ni memang jenis tak boleh duduk diam. Nak main je. Lompat sana lompat sini. Macam mana luka tu nak baik. Bila balut dia buang pulak. Huhuhu.. 

Aku harap-harap 2 3 hari lagi kering luka dia tu. Kesia aku tengok dia menahan sakit tu. Nak nangis kot tengok dia sakit camtu. Tak sanggup nak masuk dekat. Sedih. Huwaaaaa. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan pada rakan-rakan Group Facebook Dunia Kucing Group (original admin) yang bantu aku sedikit sebanyak dalam memberi cadangan untuk mencari jenama spray tu. Terima kasih untuk blogger veterinar yang hebat iaitu Eintan Nurfuzie yang membantu dalam memberi tips sedikit sebanyak untuk menjaga kucing yang sakit ni. Terima kasih tau korang. Doakan si Charlie aku cepat sembuh yerrr..

4 comments:

  1. adehh sakitnyaa tengokk luka tu kak jati. moga cpt sembuh charlieeeeeee syg!

    ReplyDelete
  2. alamakkk sakit nyaaa.. kesian diaaaa

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...Bawa charlie tu pergi ke klinik haiwan untuk rawatan selanjutnya dari dr. veterinar. Rawatan sementara boleh tapi seeloknya bawak terus ke klinik haiwan yer...

    ReplyDelete
  4. eh.. de nama cik en .. harap meow ini cpt sembuh dan aktif mcm dlu balik..

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)