Sunday, April 10, 2016

Pelajar U Perlu Tahu Berdikari

Pelajar U Perlu Tahu Berdikari | Alam persekolahan dan alam universiti jauh perbezaannya. Jika di sekolah kita punya pakaian seragam yang harus di pakai hari-hari tetapi di universiti kita bebas untuk memakai apa jenis pakaian. Boleh dikatakan terlalu banyak perbezaan antara zaman universiti dan zaman persekolahan termasuk lah dalam berkawan. Mungkin sewaktu di alam sekolah kita mempunyai ramai kawan tapi di universiti bilangan kawan itu semakin berkurangan. Tak perlu melihat pada situasi orang lain kerana semua itu terjadi pada diri aku sendiri. Betul lah apa yang dikata oleh mereka yang terlebih dulu merasainya kerana jadi pelajar universiti ni perlu belajar untuk hidup berdikari.



Belajar Berdikari

Permulaan semester aku memang best kerana aku merasakan ramai orang yang ingin berkawan dengan aku. Sebab apa eh? Adakah kerana orang kasihankan aku sebab masa tu aku bertongkat ataupun sebab aku ni comel? Ehh. Terperasan pulak. Hahaha. Sejujurnya waktu itu memang aku tidak keseorangan kerana aku mempunyai seorang kawan baik yang sangat caring pasal aku. Sehinggakan aku ni seolah-olah terlalu bergantung pada dia. Aku masih mengingati kata-kata mak aku. Sampai bila asyik nak harapkan orang sebab nanti bila dah masuk universiti mungkin takkan ada orang yang akan kisah pasal kita. Dan sememangnya aku merasakan betul apa yang dikatakan oleh mak aku. 

Aku mula merasa keseorangan bila aku masuk semester kedua. Aku sering ditinggalkan sendirian sehingga aku rasa sunyi dan sepi. Tiada kawan dan teman untuk berbual. Memang stress. Sangat stress. Boleh dikatakan tiap kali aku tinggal berseorangan di bilik, aku akan nangis. Manjakan aku ni. Dulu masa sekolah aku ada ramai kawan. Aku ada geng aku sendiri untuk bergembira, untuk bergosip dan sebagainya. Jadi, bila masuk universiti keadaan berubah apabila aku sering ditinggalkan berseorangan seolah-olah aku rasa seperti dipinggirkan. Sebenarnya pada pertengahan semester pertama lagi aku dah mula merasakan yang aku ni ditinggalkan tapi aku cuba berlagak tenang dan kuat. huhuhu..

Lama kelamaan aku mula sedar yang hidup ni tak boleh terlalu bergantung pada orang. Aku mula berkawan dengan ramai orang dan tidak lagi mengharap pada seseorang untuk jadi kawan baik aku. Pada aku masa tu tiada lagi istilah kawan baik atau 'bestfriend'. Alhamdulillah, dari situ aku berjaya mengumpul kawan dan ada geng kembali untuk bercerita, makan bersama-sama dan lain-lain lagi. Tidak lagi keseorangan. Hekhekhek. Tetapi harus di ingat, zaman diploma itu hanyalah tempoh percubaan kerana zaman degree lagi mencabar. 

Kenapa aku kata kehidupan sebagai pelajar ijazah lagi mencabar? Sebab dari situ aku belajar hidup sendirian. Tidak mengharapkan bantuan sesiapa walaupun pada mulanya memang perit untuk dilalui. Korang bayangkan semasa bulan puasa, orang lain keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan sedangkan aku berbuka sendirian dalam bilik dengan hanya bertemankan laptop. Kalau nak cakap sedih tu memang sedih la tapi hati kena kering la beb. Pergi beli makanan sorang-sorang ataupun makan kat kedai sorang-sorang je. Pelik dan janggal kan bila tengok orang lain makan bersama geng rumah sewa masing-masing. 

Ada yang bertanya pada aku kenapa tak tinggal dengan kawan-kawan aku yang lain? Aku memilih untuk mendiamkan diri kerana aku punya alasan tersendiri untuk tidak tinggal dengan geng kelas sendiri atau lebih tepat lagi geng sendiri. Sebenarnya bukan tak nak tapi keadaan tidak mengizinkan aku untuk tinggal serumah dengan mereka. Mereka memilih untuk menyewa jauh dari kampus sedangkan aku tak mampu untuk menyewa jauh dari kampus. Bukan tak mampu dari segi kewangan tapi aku tak punya kenderaan untuk berulang-alik dari rumah ke kampus. Lagipun mak ayah aku tak bagi menyewa rumah jauh dari kawasan kampus. Aku terpaksa akur walaupun kadar bayaran rumah sewa yang ditetapkan memang lah mahal. 

Sebab lain jugak adalah kerana aku memang nak belajar hidup sendiri. Tak ingin terlalu bergantung pada orang lain. Lagipun aku tak nak timbul sebarang masalah kalau tinggal dengan geng sendiri. Takut nanti aku yang banyak makan hati. Cukuplah pengalaman lepas yang banyak mengajar aku tentang itu. Tak tinggal dengan geng sendiri pun dah cukup banyak buat aku makan hati, ni kan pulak kalau tinggal bersama. Huhuhu. Sejujurnya memang hati kena kuat. Jangan mudah mengalah. 

Pesanan akak untuk adik-adik yang baru masuk universiti. Jangan lah terlalu seronok dengan bilangan kawan yang ada kerana tak selamanya kawan kita akan sentiasa bersama dengan kita. Sentiasa lah beringat dalam mencari kawan sebab bila kita berada di universiti kita akan berjumpa dengan bermacam jenis perangai. Jangan bersedih andai kawan meninggalkan mu kerana masih terlalu ramai orang yang ingin berkawan dengan mu. Kembangkan lagi dunia anda. Jangan hanya berada dalam satu kelompok sahaja...

Terima kasih kerana sudi baca entry aku yang panjang gila ni. Setiap apa yang aku coretkan di sini tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanyalah sekadar perkongsian. Terima kasih pada kawan-kawan ku yang banyak membantu aku dan menerima apa adanya aku. Aku sayang korang semua.. Sekian.. Wassalam.. 


6 komen

tak kiralah pelajar atau pejerja,,atau pesara..berdikari memang sesuatu yang akan kita belajar secara tidak langsung, sambil jangan lupa bermasyarakat.

betul mmg start masuk U ni mencabar, lagi lagi bab berkawan. masa tu la jmpe yg mmg kawan, dan lawan. dah terkena byk kali dah haha

yup, setuju sangat.. Jangan anggap kawan baik masa awal sem akan jadi kawan sehingga akhir sem... Saya sendiri pun hadapi benda yang sama..hmm

akk dr kecik ddk asrama..tp tak la kecik sgt, umur 16 gitu hehehe. bgs ddk asarama ni..mmg belajar ttg berdikari

bila study,kena pndai bawk diri,berdikari,kdg2 ada cari duit poket sendiri, siap jual ns lemak ke bilik2.itu semua mengajar kita erti keseusahan.

bagus , semangat juag tinggi, dimana juga tinggal hati-hati dan sentiasa doa agar Allah swt melindungi.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon