Thursday, April 21, 2016

Redha

Redha.. Aku bukan nak review filem Redha yerr. Aku pun belum tengok lagi filem tu camne. Hanya tahu sinopsis sahaja. Huhuhu.. Apa yang anda faham tentang maksud redha? Aku teringat dialog Lisa Surihani pada Maya Karin dalam filem Ombak Rindu yang mengatakan "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah." Aku pasti ramai yang masih mengingati dialog filem tersebut. Dialog yang simple tapi penuh maksud yang tersurat dan tersirat. Redha itu kita ikhlas menerima segala ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Bibir mampu mengucap kata redha sedangkan redhakah kita menerima segalanya? 




Aku sendiri pun sering mengucapkan kata redha sedangkan hati aku sendiri masih sedih dengan setiap perkara yang berlaku. Adakah itu dikatakan redha? Kita sebagai manusia sememangnya tidak terlepas dari rasa kecewa dan sedih. Namun, sebagai hambaNya yang beriman pada Qada' dan Qadar Allah kita harus redha dengan setiap perkara yang menimpa kita. Jangan sesekali menyalahi takdir Allah untuk kita. 

Bukan mudah untuk redha. Aku tahu akan hakikat itu kerana aku sendiri cuba untuk belajar redha. Setiap kali aku sedih, aku pasti terpikirkan nasib sering tidak menyebelahi aku. Aku sering gagal dalam setiap yang aku lakukan. Aku cuba belajar dan belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Aku pernah ceritakan dalam entry aku yang lepas Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku. Andainya korang pernah membaca entry aku yang lalu, korang akan memahami maksud yang ingin aku sampaikan.

Harus di ingat, jika kita merasakan diri kita dalam kesusahan ada insan lain yang menghadapi kesusahan lebih dari kita alami. Semalam aku menonton siaran ulangan Bersamamu. Memang tersentuh hati aku apabila mereka di beri peluang untuk mengerjakan umrah bersama mereka yang pernah keluar dalam program Bersamamu. Ada yang lumpuh, buta dan sakit sendi tetapi mereka berjuang untuk meneruskan hidup dan dari situ aku membandingkan hidup aku dengan mereka yang jauh lebih beruntung kerana masih mampu bergerak ke mana sahaja yang aku inginkan walaupun ada ketikanya pergerakan aku juga terbatas.

Setiap orang lain jalan ujian dan cabaran yang perlu dilaluinya tapi setiap orang juga perlu ada sifat redha dalam diri. Redha bukan bermakna kita menyerah kalah tapi kita ikhlas dalam menerima segala ketentuan yang Allah tetapkan. Kita mungkin tidak pernah menyedari hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang menimpa tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya. 


3 komen

Good entri..akk suka! Redha adaalh menerima segala ketentuan dgn seikhlasnya dan bersangka baik bahawa ada perkara yf lebih baik menanri kita :)

Setuju...redha amat mudah dilafaz namun amat sukar diterjemah dengan tindakkan....sedang diri ungkap redha...namun jiwa meronta kesedihan...sesungguhnya kak PC sendiri sedang didik diri untuk redha..

yup kena terima dan redha http://www.tashaqisha.com/2016/04/ushaa-beauty-servis-sewa-fanpage.html

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon