Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku

10:37:00 PM
Bukan mudah untuk jadi tabah. Bukan mudah juga untuk belajar jadi seorang yang tabah. Menjadi seorang yang tabah maksudnya kau belajar menerima apa jua dugaan hidup yang melanda kau. Kau belajar menerima sesuatu yang tak mungkin jadi milik kau. Kau cuba bersangka baik dalam apa jua yang menimpa kau walaupun kau seorang wanita yang sering di uji mental dan fizikal. Kau tak mengendahkan apa yang orang fikirkan pasal kau. Apa yang kau tahu hidup ni adalah sebuah perjuangan. Perjuangan yang memerlukan sebuah pengorbanan. 











Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku | Aku masih ingat kata-kata seorang kawan baik aku. Dia cakap dia bangga dengan aku sebab aku seorang gadis yang tabah. Aku mampu hadapi setiap kegagalan yang melanda aku sedangkan dia baru di uji dengan sedikit kegagalan pun dah rasa menghadapi kegagalan yang paling teruk. Mungkin dulu aku seorang yang tabah, berani dan kuat dalam menghadapi segala dugaan. Namun kini aku seperti sudah hilang semua kekuatan tu. 

Aku cuba untuk sabar dan sabar menghadapi hidup ini sehingga aku pernah merasakan yang semua ini tidak adil buat aku. Terlalu perit untuk aku laluinya. Orang lain mungkin tidak mengerti keperitan yang pernah aku alami dulu dan sekarang. Orang lain mungkin akan sentiasa mengatakan yang aku ini seorang insan yang selalu sedih tetapi pernahkah anda-anda semua bertanyakan tentang aku dari hati ke hati? Sememangnya aku seorang yang pemendam. Tersangat la pemendam orangnya sehingga aku merasakan tiada siapa pun akan mengerti keperitan yang aku alami. Adakah ini dinamakan tabah? Tentunya tidak lagi.

Aku sudah redha setiap ketentuan yang Allah berikan pada aku walaupun aku tahu aku bukanlah seorang gadis yang sempurna. Kadang-kadang aku cemburu melihat rakan-rakan sebaya aku mampu membina kerjaya masing-masing sedangkan aku masih lagi terumbang-ambing mencari halatuju hidup aku. Aku tidak meminta orang memahami apa yang aku rasakan kerana setiap ujian yang dihadapi manusia itu berbeza-beza. Namun, janganlah pula ada insan-insan yang cuba mematahkan lagi hati aku yang sudah sekian patahnya ini.

Aku bukannya meminta simpati kerana aku tidak memerlukan simpati. Aku hanyalah seorang wanita yang cuba untuk belajar menjadi tabah dan mencari kembali kekuatan aku yang sudah lama hilang. Sungguh aku sangat rindu Izzati yang dulu. Seorang gadis yang cekal, tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Siqah Hussin
AUTHOR
April 5, 2016 at 11:46 PM delete

semoga dipermudahkan semuanya untuk awak. insyalllah, masing-masing ada rezeki dan masalah sendiri. moga kita semua tabah hadapinya..

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
April 6, 2016 at 8:41 AM delete

salam dari aida... bw dari fb blogGirls ni :)
wanita dan ketabahan memang tak boleh dipisahkan, izatie.
ia dtg seiring.
moga semua ok ok aje ye utk izatie :)

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
April 6, 2016 at 9:28 AM delete

mohon tabah ye zatie..insyaallah

Reply
avatar
April 6, 2016 at 9:29 AM delete

I feel u. Ena ni pun bukan seorang yg tabah. Macam2 benda dah lalui itu yg buat hati ni kebal sikit. Kadang2 tunjuk tabah ni sebab tak nak org down sama dgn kita dan tak nak haters tengok ena ni jatuh. Lama2 dah sebati dalam diri rasa ketabahan tu

Reply
avatar
Suriaamanda
AUTHOR
April 6, 2016 at 4:34 PM delete

semoga zatie makin kuat menanti sinar kebahagiaan dik..usaha lagi jangan putus asa..

Reply
avatar
April 7, 2016 at 12:05 AM delete

jangan risau kak jati sayang. definisi tabah ni luas.

kalau kita nangis, tak semestinya kita tak tabah cuma mungkin kita dah lama bertabah dan tak mampu lagi untuk menanggungnya.
kalau kita patah semangat,tak semestinya kita tak tabah, cuma mungkin dah tiada jalan dan peluang untuk kita rebut.
kalau kita meminta pertolongan orang, tak semestinya kita tak tabah..cuma mungkin masalah itu lagi mudah untuk diselesaikan jika ada orang lain yang membantu :)

yang penting, dont give up! believe in yourself :D

Reply
avatar
Farah Dafri
AUTHOR
April 10, 2016 at 3:20 PM delete

keep going zatie! zatie kuat laa kite tahu ;)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon