Bukan Senang Nak Senang

10:01:00 PM
Dalam hidup ini kita takkan lepas dari menghadapi ujian. Tiada kemanisan dalam sebuah kehidupan andainya tidak di timpa ujian. Kenapa aku cakap begitu? Sebab bila kita dah berjaya satu hari nanti, kita akan setiap pahit perit yang terpaksa di tempuhi. Masa tu barulah korang akan rasa hidup ni sungguh indah dan kita adalah insan yang bertuah kerana dipilih untuk di uji. Hidup ini bukan lah senang dan mudah seperti yang kita lihat dalam drama tv. Jika kita terlalu memikirkan kesenangan, kita takkan dapat menerima hidup yang susah. Bukan Senang Nak Senang. Segalanya memerlukan usaha yang gigih.




Hurmm.. Korang sendiri tahu kan aku baru je nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Baru lagi nak bertatih. Mungkin korang pikir bila aku dah buat bisnes ni nampak aku cam orang yang dah untung beribu-riban. Hakikatnya, hanya aku yang tahu sahaja. Orang kata buat bisnes ni jangan terlalu nak kejar untung sangat. Yess, pada mulanya memang aku terlalu kejarkan untung. Sebab apa aku nak kan untung sangat? Sebab aku perlukan duit. Aku bukan lah orang yang kerja makan gaji macam orang lain. Kerja aku kat rumah je. Jadi, jangan ingat aku dok rumah aku boleh goyang kaki. Yerr, memang akan nampak lebih pada goyang kaki sebab kerja sendiri kan. Bos takde nak bagi arahan. Nak buat kerja pun ikut suka hati. 

Aku teringin jugak nak kerja. Nak cari pengalaman. Bila ada orang bagi kat aku iklan jawatan kosong, teringin kot nak apply jawatan tersebut tapi apakan daya kebanyakannya belah KL. Kalau belah KL memang ayah cam tak berapa nak bagi dah. Jadi, ada baiknya aku tak payah apply. Aku biarkan je. Hurmm.. Nak kata tak sedih.. Tipu la kalau tak rasa sedih. Sedih sangat kot. Tapi aku buat tak tahu je la. Ada ketikanya kita rasa kita lah insan paling kuat menghadapi ujian tetapi ada juga ketikanya kita akan rasa tak mampu nak hadapi semua ni. 

Macam yang pernah aku katakan sebelum ini, aku bukan lah wanita yang tabah. Orang lain mungkin boleh bagi cadangan macam-macam kat aku. Tapi yang merasanya aku. Aku pun tak mintak orang paham situasi aku sebab aku tak nak memberi penjelasan dengan lebih mendalam. Ada baiknya aku diam dari orang lain tahu hal yang sebenar. Aku pun teringin jugak nak buat produk sendiri cuma aku takde modal lagi. Sebab tu aku pilih untuk jadi dropship dulu. Bila aku dah punya modal sendiri, aku akan cuba untuk keluarkan produk sendiri. Jenama aku sendiri. 

Hidup ini bukan lah senang macam kita lihat drama tv. Drama tv jalan ceritanya sudah ditulis oleh penulis skrip tetapi jalan cerita kita hanya tuhan yang tahu seelebihnya. Kita hanya mampu berdoa semoga segala yang kita impikan dan inginkan tercapai. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon