Tuesday, May 3, 2016

Mungkir Janji Boleh Menyebabkan Perempuan Merajuk

Mungkir Janji Boleh Menyebabkan Perempuan Merajuk

Orang kata jangan tahu buat janji dengan orang perempuan tapi tak reti nak tunaikannya. Yang aku hairannya, orang lelaki ni suka sangat berjanji dengan orang perempuan. Kenapa eh? Sape ada jawapan? Tolong bagi pencerahan sikit kat aku ni. Aku paling tak suka orang buat janji dengan aku tapi asyik mungkir janji tu. Ingat tak sakit hati ke hahh? Sakit hati weii. Rasa bernanah je hati aku ni.. Huhhhh.. Mungkin korang ingat dengan tak tunaikan janji tu orang perempuan buat tak kisah je. Buat tak tahu je. Kalau korang nak tahu, mungkir janji boleh menyebabkan orang perempuan merajuk.


Kenapa aku cakap orang perempuan boleh merajuk sebab korang tak tunaikan janji? Aku tak nak cakap orang lain. Aku bagi contoh aku je. Mula-mula cakap nanti nak call malam ni. Nanti nak call kejap lagi. Tunggu punya tunggu tapi takde pun terima call dari si buah hati. Yang bernanah hati nya ofkos la perempuan. Bila sekali korang yang si lelaki cakap camtu, itu seperti memberi harapan pada orang perempuan. Dah kata nak call, mesti lah tunggu kan. Lain lah kalau korang cakap, "kalau ada masa free saya call yer..." Kan senang cakap camtu sebab kami akan faham yang korang tu sibuk. Mungkin takde masa nak call untuk hari ni.

Sama jugak kalau buat janji nak jumpa ke apa ke. Dah set tarikh masa dan tempat. Tiba-tiba cakap tak boleh pulak tarikh tu. Padahal dah janji kot nak jumpa. Kalau rasa susah nak buat, jangan tabur janji. Nanti makin kuat rajuk orang perempuan. Lepas tu korang pulak yang merungut cakap orang perempuan ni sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Kalau tak nak bagi merajuk, tolong jangan berjanji yerr. 

Aku pun bukan nak sangat merajuk tapi dah suka sangat buat janji. Bila dah buat janji bukan reti nak tunaikan janji tu. Tolonglah yer. Orang perempuan tak pernah lupa setiap kata janji yang diucapkan oleh orang lelaki . Lepas tu jangan terkejut la kalau dengar orang perempuan dok ungkit perkara yang sama. 

Jadi pesanan aku, kalau tak nak makwe korang tu merajuk lama-lama jangan pandai buat janji. Kalau rasa tak boleh nak buat biarkan je la.. Diam. Tak payah nak bagi janji kata itu ini. Cuma yelah orang lelaki memang suka berjanji. Suka buat janji manis dan orang perempuan pulak mudah percaya dengan janji manis orang lelaki. Aduhaiii. Hukhukhuk.. Okbai.. 

2 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon