Wednesday, May 18, 2016

Orang Perempuan Tak Suka Diabaikan

Sejak dua tiga hari macam ramai dok share pasal orang lelaki masa mula-mula nak ngorat orang perempuan bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap diabetes. Tiap hari mesej dan call pujuk rayu itu ini tapi bila dah dapat hati perempuan tu, korang buat tak tahu pulak. Betul ke tak kenyataan aku ni? Yang perempuan pulak makan hati bila pakwe kesayangan abaikan mereka. Mereka rasa diri mereka diabaikan. Kau rasa macam mana? Meh aku nak bagitahu. Sejujurnya, orang perempuan tak suka diabaikan. Bila dia commit dengan kau maknanya memang dia gilakan perhatian korang. Paham tak?


Ok. Lepas pada tu keluar pulak statement dari orang lelaki. Yelah kan. Mereka pun nak bela diri jugak sebab asyik kena bahan je dengan orang perempuan. Hahaha. Orang lelaki mengatakan bahawa, tak mesej atau call hari-hari tak semestinya dah tak sayang tapi sedang berusaha cari rezeki kumpul duit sebab nak masuk meminang. Erm ermm ermmm. Berfikir jugak lah aku seketika. Korang boleh baca statement kat bawah ni yer.. 



Sebenarnya aku pun tergelak besar jugak la baca statement ni. Aku tak kata ianya salah dan aku tak cakap juga apa orang perempuan rasa ni semuanya betol. Aku juga perempuan dan turut merasakan apa yang orang lain rasa. Masa mula-mula nak ngorat bukan main lagi bersungguh. Cakap saya suka awak lah. Nak bersama dengan awak lah. Sentiasa ada di sisi awak lah. Ekkk. Ok. Sekarang ni kita win win situation yer. Adil yer. 

Orang perempuan ni bila dia dah ada orang tersayang, kalau boleh memang dia nak cakap dengan orang tu je. Dia ada kawan yang setia mendengar masalah dia sekalipun, dia tetap inginkan orang yang dia sayang jadi pendengar setia dia. Tempat dia nak bermanja. Dah nama pun perempuan. Memang lah gilakan perhatian. Lain lah kalau dia takde orang istimewa. Takdenya lah dia nak merajuk bagai dengan orang lelaki ni. Dia siap buat tak tahu lagi ada laa. 

Yang lelaki pulak kalau boleh luangkan lah masa tu sikit untuk orang perempuan ni. Tak semestinya 24 jam korang kena mesej dia. Sekurangnya mesej ucap selamat pagi atau selamat malam pun dah boleh buat dia bahagia. Ini tak, bila dia mesej korang buat tak tahu jer. Buat dek je lepas tu bagi alasan itu ini. Korang kena ingat jugak, tahap pemikiran orang perempuan jauh kedepan. Silap-silap boleh tembus kertas A4 dengan ketajaman pemikiran orang perempuan. Kadang-kadang benda yang korang tak buat pun dia pikir korang buat. 





Aku pun bukan nak cakap lebih jugak tapi sejujurnya memang fitrah wanita begitu. Sentiasa ingin diberi perhatian. Tapi orang perempuan pun jangan lah cepat sangat nak melenting atau merajuk. Cuba pikir secara positif. Mungkin si dia sibuk dengan urusan kerja ke sampai tak sempat nak mesej. Kita buat rilek je. Buat cool gituu. Orang lelaki pun sebenarnya banyak dah sabar dengan perangani kita ni sebab tu lah kadang-kadang mereka buat tahu je kalau kita merajuk. Tu merujuk pada aku lah. Hahaha. Tapi sememangnya begitu lah. Bagi mereka hal perempuan merajuk ni benda remeh. Tak payah nak ambil kisah sangat. Aku paham semestinya kita akan rasa diri kita ni di abaikan. Betul tak? Tetapi, itu lah hakikatnya.



10 comments:

  1. haha..dah kahwin nanti, lagi la..hantar wasap/mesej belum tentu dijawab tau..tapi tu normal..lelaki bukan jenis macam kita kaum perempuan duaplohempatjam mengadap hp..kena faham, kalau lelaki tak balas wasap/mesej kita atau tak jawab call kita, dia tengah cari rezeki..jangan melenting tak tentu pasal..Lepas kahwin, kalau nak soal siasat suami kita tu nak tanya kenapa tak jawab call atau balas mesej/wasap kita, jangan suami balik keja terus tanya..bagi dia minum dulu ke, makan ke..perut dia dah kenyang baru tanya..sebab kalau time dia baru balik keja, dia tengah penat2 tu kita terus soal siasat bukan2, boleh menimbulkan pergaduhan suami isteri..

    ReplyDelete
  2. perempuan memang gitu.

    redo je dengan gembiranya.

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Berbaloi baca ni. Pompuan mmg nak perhatian. Laki yang baik ialah laki yang redho melayan. Hahaha. Jangan mengada sangat je. Bagi space tp i x mmpu nak bagi space luas sangat. Nanti i nak perhatian juga. Tak dapat, merajuk. Kahkah. Oh perempuan.

    ReplyDelete
  4. hahaha..biasa tu..dah kawen lagi la..langsung tak call pun boleh jadi tau

    ReplyDelete
  5. haha, kadang kite perempuan ni yg emo lebih. sbb dh terbiasa kena pamper kan. so bila org xlayan sikit teros emo and rasa diabaikan, walhal benda tu xde la isu besar mana pon. ngada kan kite ni? hahaha . pmpuan mmg complicated kot :p

    ReplyDelete
  6. Fitrah perempuan kan macam tu. Bak kaca kena jaga2x dengan betul. Sekali pecah kutip balik pasti tak sama.

    ReplyDelete
  7. Dua2 betul. Mcm Ain sendiri pun tak suka having conversation hari2 benda yg sama. Kalau boleh nak sekali semabng tu semua keluar topik. hg share masalah hg, aku share masalh aku. kan best mcm tu. Tapi masalah lelaki dah tggal gatei sembang dgn perempuan lain. mcm mna perempuan tak marah. mmg la belum kahwin tapi dia tak tahu ke kalau selalu buat boleh terbawak2? Eh terpanjang pulak. hahahaha ampunnnnnn tuan blog

    ReplyDelete
  8. zaman dulu dulu memang nak berkepit 24 jam. celik mata sampai terlelap nak msg je. pastu bila dah matang sikit ni baru sedar masing masing perlukan ruang. -_-

    ReplyDelete
  9. biasa memang macam tu kan...sifat perempuan ni kan nak kan perhatian dari pasangan..at least..kena fahami jugak jiwa wanita ni.tapi tidaklah nakkan fully perhatian...at least sedikit

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)