Tuesday, May 3, 2016

Pertama Kali Masak Sup Ayam

Pertama Kali Masak Sup Ayam


Percaya tak hari ni adalah kali pertama aku masak sup ayam? Hahaha. Mohon jangan gelakkan aku hokeyyy. Umur 25 tahun baru reti buat sup ayam. Sebelum ni tak pernah buat pun. Tahu makan je. Hahaha. Tapi jangan kata aku tak pernah masak pulak. Aku sekarang ni sedang cuba untuk jadi tukang masak. Cehhhh. Jadi tukang masak untuk suami lerr. Kena lah berlatih dari sekarang. Tak gituuuu. Hihihi. Kira sekarang ni aku dah pandai masak laa. Hari-hari kot mak aku suruh masak. Aku buat la.. Macam seronok pulak bila tahu masak ni. Hehehe..

Pertama Kali Masak Sup Ayam


Sebenarnya ni adalah kali pertama aku masak sup ayam. Mula-mula nak masak tu macam tak yakin jugak. Lepas tu aku cuba la google resepi. Tapi macam tak berkenan pulak. Aku cuba tanya kat group whatsapp. Kak Suria Amanda pun ajar lah aku macam mana nak masak sup tu. Aku ikut la sikit-sikit resepi yang dia ajar tapi tak cukup bahan. Dia ajar aku suruh letak 4 sekawan. Tumis sekali dengan bawang. Aku pulak reka resepi sendiri tak letak benda alah tu. Bila aku rasa macam pelik pulak rasa sup ayam aku tu. Hahaha..

Bila dah siap, aku mintak mak aku rasakan. Dia tanya laa, aku letak ke tidak 4 sekawan tu. Aku cakap la tak letak. Hahaha.. Mak aku pulak macam bebel jugak la kat aku. Cakap selama ni tak pernah nak buat. Hahaha.. Padahal benda tu dah sedia dalam paket sekali dengan sup bunjut. Aku pulak baru perasan. Tapi sebab air pun dah nak menggelegak, nak letak balik benda tu memang tak jadi dah. Aku pun biarkan je lah. Letak sup bunjut tu sahaja.

Dan nak dijadikan cerita pulak, ayah aku makan sup tu bila dia dah habis nasi dalam pinggan. Konon-kononnya macam nak cuba lah. Korang nak tahu dia cakap apa? Dia cakap sup ayam yang aku masak tu sedap. Kena dengan selera dia. Ya Allah. Bangga sekejap aku masa tu. Hahahaha.. Sebelum tu macam risau jugak takut dia kutuk masakan aku. Maklum lah, sebelum ni anak sulung dia ni seorang yang pemalas nak masak. Tahu makan je. Sejak akhir-akhir ni je macam dah rajin nak masak. Hahaha. Mungkin gatal nak kawen dah kot. Ehhh. Hihihi..

Orang kata tak pandai masak takpe janji rajin nak belajar. Jadi, aku sekarang ni memang rajin la nak belajar masak. Practice make perfect bebeh. Hahaha.. Bila kawen nanti senang. Takde la terkontang-kanting kat dapur tak tahu nak masak apa. Sian kat laki asyik kena makan kat luar. Hihihi.. Ok lahh.. Sekian sudah bebelan aku untuk hari ni. Babai..

7 komen

favorite niii,tambah2 makan dgn ikan masin hihi

hah ok la tu..takpe..buat pertama kali memna macam tu..lepas ni buat lagi dan lgi

Kite 1st time masak sup ayam masa kawen, husband yg ajar, kahkah~~

Kaki ayam.. Byk kolegen tu.. Sedap.l

elok la tu dik oii.
blaja masak awal.
jgn mcm ahkak ko ni hah.
da anak 2 baru sibuk blaja masak.
sib baik dpt asben sempoi :) ha ha ha...

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon