Tuesday, May 10, 2016

Resepi Ayam Masak Ros

Hari ni aku nak kongsikan satu lagi resepi yang baru je aku cuba buat. Nampak tak betapa rajinnya aku sekarang ni untuk memperbaiki skill memasak aku. Hahaha.. Orang kata yang penting ada minat nak masak tu. Tak pandai takpe. Janji rajin nak masak. Betol tak? Hehehe. Mak aku la dah berapa hari asyik sebut nak buat ayam masak ros. Pada mulanya aku ingatkan dia yang nak buat. Tapi hari ni dia suruh aku buatkan. Mula-mula tu macam malas jugak tapi rajinkan lah diri jugak untuk memasak tu. Haaa, nak tahu macam mana aku buat Ayam Masak Ros tu? Ok.. Untuk korang aku kongsikan resepinya.


Resepi Ayam Masak Ros


Resepi Ayam Masak Ros



Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sehelai daun pandan (disimpul)
Sebatang serai (diketuk)

1 inci halia
1 inci lengkuas
Santan
Sos tomato
Cili giling
Cili merah
Gula melaka (ikut citarasa anda nak letak berapa banyak)
2 biji tomato
Rempah 4 beradik

Ayam goreng separuh masak

Cara membuatnya:
Kisar sebiji bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama rempah 4 beradik, serai dan daun pandan sehingga garing. Selepas itu, masukkan gula melaka dan 4 sudu besar cili giling. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan ayam goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan santan pekat dan sedikit air. Jika ingin banyak kuah, boleh tambah air mengikut citarasa anda. Biarkan hingga menggelegak dan selepas itu masukkan garam secukup rasa. Masukkan sebiji bawang besar yang dipotong, buah tomato dipotong 4 dan cili merah. Gaul hingga rata. Lepas itu tutup api dan hidanglah untuk sesi menjamu selera. 


Senang sangat resepi ni. Korang boleh buat bila-bila masa yang korang suka. Selamat mencuba uollsss.. Babai..

3 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon