Resepi Churros Nestum

4:24:00 PM
Baru-baru ni aku tengok ramai pakat dok share resepi churros. Macam-macam cara ada sampaikan aku sendiri pun pening nak ikut resepi yang mana satu. Sebelum ni aku pun tak tahu churros tu apa dia. Ingatkan diperbuat dari ubi kentang. Rupanya ada resepi sendiri nak buat benda tu. Hehehe. Sedang aku dok belek-belek FB tadi, aku terjumpa resepi churros yang simple tapi ditambah adunan nestum. Haa, teruja tak korang? Hehehe.. Jadi, aku nak share jugak la dengan korang resepi churros nestum ni. Resepi ni dari website Nestum


Resepi Churros Nestum

Resepi Churros Nestum


Ramuan Churros:
80 g tepung
60 g tepung naik sendiri
20 g mentega, dihiris nipis
 ½ sudu teh garam
225 ml air panas
20 g NESTUM® All Family Cereal Original
Minyak untuk menggoreng
• 100 g gula kaster
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

Sos Coklat:
150 g coklat hitam, potong halus
70 g coklat susu, potong halus
300 ml krim pekat

Arahan:

Langkah 1 : Ayak tepung bersama tepung naik sendiri di atas kertas, ketepikan. Letak mentega dan garam di dalam mangkuk adunan tahan panas dan tuang air panas ke dalamnya. Masukkan mentega cair, kacau. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan cepat ke dalam air panas, kacau sehingga bater pekat dan melekit. Kemudian tambah NESTUM® dan gaul.

Langkah 2 : Panaskan minyak dalam kuali anggaran 4 sm atas api sederhana.

Langkah 3 : Sementara itu, sediakan beg piping dengan muncung bentuk bintang. Isikan bater ke dalamnya mengikut jumlah yang selesa dipegang.

Langkah 4 : Picit bater anggaran 6 sm panjang ke dalam minyak panas, potong menggunakan gunting. Goreng sehingga garing dan berwarna perang keemasan. Sejat sebelum dicelup dalam gula kulit kayu manis.

Langkah 5 : Untuk membuat sos coklat, satukan coklat dan krim dalam mangkuk tahan panas, letak atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair dan pekat.

Bila resepi dah ada ni senang la nanti nak buat. Ermm, boleh la aku senaraikan churros ni sebagai salah satu hidangan untuk raya nanti. Ok lah. Selamat mencuba.. 


Resepi Churros Nestum



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
May 23, 2016 at 4:52 PM delete

Huishh boleh buat ni.. ena dah la suka giler churros ni.. Thanks bagi resepi ni... yeahhh

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
May 24, 2016 at 8:06 PM delete

nampak senang..tapi tahap kerajinan tu tak datang lagi..ahhaa

Reply
avatar
May 24, 2016 at 10:27 PM delete

Tak pernah lagi makn. InshaAllah boleh boomark ni nnti kot rajin nak try boleh tgh resepi sini ^^

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
May 24, 2016 at 11:24 PM delete

sedap gakni zatie, simpan dulu resepinya kan ada masa kita buat nanti :)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon