Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Baru sempat nak buat sedikit coretan sempena hari guru untuk tahun ini. Hihihi.. Sebenarnya aku pun sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk dikarang dalam blog aku ni. Sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Alamak... Tua dah aku ni rupanya yer. Hekhekhek. Tapi aku masih ingat tentang cerita-cerita aku zaman sekolah dulu. Terlalu banyak yang tak dapat nak di ungkapkan di sini. Sempena hari guru ni teringin nak buat throwback sikit. Throwback kisah aku aku waktu zaman sekolah dan universiti dulu. Hihihi..

Selamat Hari Guru 2016



Aku mula masuk sekolah masa umur 6 tahun. Kalau tak silap aku tahun 1997 kot. Sekolah pertama aku adalah PASTI Al-Falah Kg Padang Siam. Aku juga merupakan anak didik PASTI yerr. Sebab tu bila tengok budak-budak sekarang pakai pakaian PASTI membuatkan aku terimbau zaman kanak-kanak aku. Tak banyak sangat yang aku ingat tentang zaman sekolah kat PASTI dulu cuma apa yang aku tahu aku ni dulu budak yang baik sehinggakan dapat anugerah pelajar terbaik. Hahahaha.. Sekarang pun aku baik jugak tau. Aku tak jahat. Hihihi..

Setahun selepas itu aku masuk darjah 1. Aku bersekolah di Sekolah Rendah Ugama Darul Ulum Diniah. Sepanjang dari darjah 1 sehingga darjah 6 kat sekolah tu, memang banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Pahit sewaktu kena laa tapi sekarang terasa manisnya. Hehehe. Korang nak tahu, aku pernah kena pukul dengan cikgu aku gara-gara tak siap matapelajaran sains. Hahahaha. Padahal aku ni antara pelajar cemerlang kat sekolah tu. Belajar memang pandai tapi perangai ting tong. Hahaha. Sebenarnya tu adalah kali pertama aku kena denda macam tu. Tapi lepas pada tu memang aku sentiasa siapkan kerja sekolah matapelajaran sains. Bila ingat balik memang aku rasa cam lucu sangat. 

Habis sekolah rendah, bermulalah alam remaja aku dengan memasuki sekolah menengah. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Ugama  (SMU) Arab Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan. Boleh dikatakan aku memang dilahirkan dari sekolah agama. Dari kecil sampai lah ke besar sebab mak ayah aku nak terapkan nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Bila dah masuk sekolah menengah ni, peragai kebudakan aku tu macam dah hilang sikit maklumlah dah besar kan. Cuma, dari seorang pelajar yang sering dapat nombor 1 dulu terus dapat no belas-belas dalam kelas. Kalau nak tahu jugak, aku pernah dapat nombor 3 terakhir dalam kelas. Aduhaii. Masa tu aku terasa yang aku ni macam bodoh sangat. Hehehe. Tapi, aku tak putus asa.. Aku cuba juga untuk naikkan balik keputusan peperiksaan aku. Walaupun bukan pelajar cemerlang tapi aku puas hati dengan apa yang aku perolehi. 

Masa kian berlalu. Cepat sungguh masa itu berputar. Habis SPM aku dapat tawaran masuk ke diploma UITM Machang dalam jurusan Statistik. Di universiti banyak mengajar aku tentang aku kehidupan. Terlalu banyak perkara pahit yang terpaksa aku hadapi sepanjang bergelar mahasiswi universiti. Mungkin bagi adik-adik sekarang ni, kehidupan universiti itu sangat lah best dan menyeronokkan tapi korang tak tahu betapa seksanya hidup bergelar pelajar universiti ni. Kalau hati tu tak sado, alamaknya tersungkur lah korang sebelum sampai ke penamatnya. Setelah 3 tahun diploma seterusnya sambung pula ijazah dalam jurusan yang sama di UITM Kota Bharu. Boleh dikatakan sepanjang bergelar pelajar universiti, airmata adalah sahabat sejati aku. Tetapi, dari airmata lah aku belajar untuk menjadi kuat, sabar, tabah dan cekal. 

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pun. Cuma nak bagitahu aku belajar kat mana je. Hahaha. Walau apa pun, terima kasih buat semua cikgu-cikgu, ustaz ustazah serta para pensyarah yang tak jemu-jemu memberi ilmu buat diriku ini. Terlalu banyak jasa kalian dalam berusaha untuk melahirkan generasi yang berjaya pada hari ni. Terima kasih atas segala nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan selama diriku ini menjadi anak murid kalian. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian. Guru yang paling penting dalam hidupku tentu sekali mak ayah yang sentiasa menyokong diri ini. Terima kasih semua. Selamat Hari Guru. 




3 komen

Tanpa cikgu mana mungkin boleh jadi macam sekarang. Terima kasih cikgu.

Semoga Allah merahmati guru-guru semua. Tak terkira jasa guru. Selamat hari guru!

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon