Saturday, June 18, 2016

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Wanita sangat gemar mengumpul kasut ataupun sandals. Kalau boleh pada rak kasut tu penuh dengan koleksi kasut orang perempuan. Boleh dikatakan setiap kali masuk kedai kasut, di belinya dalam 2 atau 3 pasang. Hahahaha. Aku dulu pun camtu jugak. Kalau boleh nak sambar 2 3 pasang sekaligus tapi tengok bajet jugak laa. Lagipun aku ni jenis suka pakai sandals dari kasut tertutup sebab lagi senang dan mudah. Mungkin bagi korang sandals ni hanya sesuai dipakai atau digayakan bila nak pergi kenduri ataupun keluar dengan kawan-kawan tapi sandals ni boleh dipakai bila-bila masa je dan sesuai untuk pelbagai majlis. Mungkin korang tak percaya kan? Percayalah yang sandals ni sesuai dipakai untuk menghadiri pelbagai majlis atau acara. 


Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Secara umumnya, wanita terbahagi kepada 2 kategori. Kategori pertama adalah wanita yang tidak akan keluar rumah tanpa memakai high heels dan satu lagi kategori adalah wanita yang lebih gemar memakai sandals atau flat shoes sebagai kasut harian mereka. Jadi anda yang mana satu? Sebenarnya ramai yang menganggap bahawa sandals bukanlah jenis kasut yang versatile (boleh dipakai ke mana sahaja). Namun hakikatnya ialah sandals merupakan jenis kasut yang paling mudah digayakan dan sesuai untuk pelbagai majlis. Jom kita tengok betul ataupun tidak. 

1. Casual Outings
Hujung minggu bersama rakan-rakan atau hanya sekadar ke café yang berhampiran rumah anda? Tiada pakaian yang lebih selesa berbanding jeans dan tshirt. Apa lagi? Tentu sekali pemakaian sandals yang cukup selesa dan tidak menyakitkan kaki anda untuk hari yang panjang. 

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


2. Pejabat
Masih teragak-agak untuk memakai sandals ke pejabat? Apa yang paling penting adalah percaya pada diri dan yakin dengan diri anda. Jika anda yakin anda boleh tampil bergaya walau hanya dengan memakai sandals. 

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


3. Majlis perkahwinan
Sudah tentu di Malaysia, majoriti daripada wanita akan memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan yang berbangsa Melayu. Baik dress atau baju kurung, kedua-dua jenis pakaian ini boleh anda gayakan bersama koleksi sandals.

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


Kalau korang tanya aku, sudah tentu aku lagi selesa pakai sandals sebab bila pakai sandals terasa kaki lebih kemas nak jalan. Tak payah risau nak tercabut ke apa. Nampak ayu gitu haaa. Memandangkan sekarang ni dah nak masuk musim perayaan, korang mesti teragak-agak kan nak beli sandals ke tidak? Sebenarnya lagi mudah pakai sandals ni. Senang. Sesuai dengan semua baju yang korang kenakan. Jadi, kalau masih ragu-ragu nak beli sandals tu korang boleh tengok dekat laman web ZALORA. Banyak wooo pilihan sandals yang cantik patut korang pilih. Aku sendiri pun rambang mata nak pilih yang mana satu tambah lagi nak dekat raya ni. Hehehe..

Kesimpulannya, jangan takut nak pakai sandals walau apa jua aktiviti yang korang lakukan. Yang penting yakin dengan sendiri. Betul tak? 

8 komen

Cikla pun suka pakai sandals. Mmg jarang sesgtlah pakai high heels ni semua...

sy ada satu je kasut guna untuk semua benda.. hahhaa. kasut kulit bonia suede. itu la guna bawa jalan, offical guna bawa motor dlm keter.. senang matching semua event.. :D :D

Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

disebabkan ketot maka terpaksa pakai yang bertumit..

akk mmg suka sgt sandal.. dari dulu selesa pakai sandal.. selesa, kaki pun xmelecet huhu

Sandal ni cantik2 plak sekarang kan...suka tgk...

yup akak pun suka pakai sandal...rimas berkasut

Sandal lah kegilaan dari dulu smpai skrg.
Kasut? katakan tidak :)

Mai suka sandals juga, senang, tambah2 skrg banyak jenis jellyshoes, cantik2 dah, senang nak pilih.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon