Saturday, June 4, 2016

Berjaya Tukar Domain Sendiri

Hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidup aku sepanjang bergelar blogger. Nak tahu tak? Hari ni aku berjaya jugak tukar domain blog aku dari blogspot dot com kepada dot com. Horeyyy. Alhamdulillah. Jika sebelum ini aku menggunakan url blog izatie91.blogspot.com tetapi kini aku sudah pun menukarnya kepada domain aku sendiri iaitu www.izzatisuhaide.com. Dah lama aku nak tukar domain ni tapi belum ada rezeki lagi untuk beli dan hari ini aku berjaya jugak merealisasikannya..

Berjaya Tukar Domain Sendiri

Aku berjaya tukar domain ni hasil dari bantuan adik Sayidah Napisah kesayangan aku tu. Aku kacau dia tengah-tengah malam semata-mata nak suruh dia ajar aku. Tapi dia pun pasrah je kakak dia yang sorang ni kacau dia. Jadi, sebab tu la aku suka kacau dia.  Hahahaa.. Mula-mula tu fikir macam nak dia yang buatkan untuk aku tapi kalau mintak orang lain buatkan, jawabnya tak pandai ke sudah la aku nya. Hahaha. Jadi, aku memutuskan untuk buat sendiri tapi aku jadikan dia sebagai tempat rujukan aku. Hehe. Rasanya tak hidup domain aku ni kalau tanpa bantuan dari NetKL. Aku dapatkan servis ni dari NetKL dan mintak mereka setup kan kat blog aku. Kalau nak buat sendiri memang tak jadi la kot. Hehehe.. Terima kasih NetKL. 

Tahun ni masuk tahun ke enam aku berblogging. Bermula hanya untuk suka-suka sahaja sehingga aku berjaya dapat sesuatu hasil dari blog. Hasilnya ialah aku berjaya menggunakan domain sendiri. Ini adalah satu kepuasan untuk aku. Domain ni adalah hasil titik peluh aku sendiri. Fuhhh. Walaupun masih jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi sebagai seorang blogger, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk jadi yang terbaik. Sejujurnya memang masih terlalu banyak yang perlu aku baiki terutama dari segi penulisan. Hahaha.. Tetapi aku akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. 

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang banyak bagi sokongan kat aku ni. Yelah, tanpa mereka siapalah aku ni. Seorang blogger picisan yang tak tahu menahu tentang dunia blogger. Hehehe. Semuanya yang aku dapat adalah dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan Exchange Feed Group. Banyak yang aku belajar dari mereka. Terima kasih banyak diriku ucapkan. Sekian sahaja coretan dari aku. Ermm, ada tak yang sudi nak masuk dalam bloglist aku? Jika ada sila tinggalkan komen. Hehehe.. Ok lahh. Baii..



9 komen

Tahniah! Kak Ros pun nak juga.. tapi masih mengkaji lagi. Hihi

Tahniah zatie..moga trus maju yer akk doakan..nk masuk dlm bloglist plzz..hehe..

Tahniah!! :D wahh ni mesti happy giloss ni kan? hehehe Nisha pun sama. InshaAllah kalau ada rezeki nisha akan tukarkan ke domain juga, doa2kan lah ya XD anyway, Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

Tahniah kak jati sygg. Takpe dah biasa kena kacau dengan kak jati hahahahaha. Kc tlg sikit je >.<

tahniah, smoga terus maju ye. hehe, Salam Ramadhan 1437H :)

Bestnye..harap2 satu hari nanti bole dpt domain sendiri jgk😁

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon