Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak
Sudah menjadi idaman setiap gadis untuk memiliki kulit yang cerah dan segar. Sape tak nak cantik kan? Semua orang nak cantik. Aku pun nak miliki kulit muka yang cantik, licin tanpa jerawat dan putih gebu gitu. Cewahh. Bagi aku yang ada masalah kulit muka berminyak ni memang la sentiasa mencari jalan untuk sentiasa tampil dengan kulit muka yang segar. Malu oii kulit muka berminyak ni. Nampak cam tak bersih kulit muka kita ni. Sudah berbagai cara yang aku gunakan untuk mengatasi masalah ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk merawat masalah kulit muka berminyak. Meh aku kongsikan beberapa cara mudah untuk merawatnya.
Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak
Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah kulit muka berminyak antaranya ialah dengan menggunakan buah kiwi sebagai scrub pada muka kita tapi takkan la nak beli buah kiwi hari-hari kan. Mahal jugak buah kiwi tu. Selain itu juga, kita boleh juga menggunakan teh chamomile kerana ia mengandungi khasiat yang dapat menguatkan kulit seperti antibakteria, antiseptik, dan antioksidan. Teh chamomile membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada muka.
Tetapi kalau aku, aku gunakan cara yang mudah sahaja. Nak tahu tak? Cara aku ialah dengan menggunakan Nanowhite Fresh. Baru-baru ni ada seorang kawan aku memperkenalkan produk Nanowhite Fresh yang mana produk ni memang sangat sesuai untuk gadis remaja macam aku yang mempunyai masalah kulit muka berminyak. Nak tahu macam mana aku guna produk Nanowhite Fresh ni? Ok, meh aku tunjukkan cara-caranya. Ada 3 cara mudah untuk yang perlu dilakukan iaitu:
1. Nanowhite Fresh Foam Cleanser
Gunakan Nanowhite Fresh Foam Cleanser untuk mencuci muka. Macam yang korang selalu pakai pencuci muka tu. Basuhkan muka terlebih dahulu, kemudian sapukan Nanowhite Fresh Foam Cleanser pada muka. Urut-urut sikit pada muka kemudian bilaskan dengan air bersih. Selepas guna pencuci muka ni, ia membuatkan muka lebih segar dan bersih.
2. Nanowhite Fresh Miracle Mist
Selepas itu, semburkan Nanowhite Fresh Miracle Mist pada muka. Korang spray Miracle Mist ni tapi pastikan tutup mata yer. Nanti pedih pulak mata kalau masa dok spray tu terkena mata. Nanowhite Fresh Miracle Mist ini mengandungi Vitamin C, sea alga dan tea tree oil yang mana ianya mempunyai 9 kelebihan dalam 1 botol.
Antaranya kelebihannya ialah untuk mengurangkan kesan minyak pada muka dan mengurangkan jerawat. Bila korang spray je Miracle Mist ni kat muka, korang akan kulit muka korang tu segar. Hilang kesan minyak tu. Bila kesan minyak pun takde, jerawat pun kurang lah kat muka kita. Jadi, memang sesuai lah dengan masalah kulit muka aku yang berminyak ni. Lepas guna tu, aku rasa kulit muka aku lebih segar dan nyaman.
3. Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
Akhir sekali, picitkan sedikit Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector pada jari dan sapukan terus ke tempat yang korang rasa akan tumbuh jerawat. Aku sapukan kat kawasan yang selalu menjadi kawasan popular jerawat tumbuh. Hehehe.. Jadi, ianya dapat membantu untuk mengecutkan jerawat di muka kita.
Mesti korang tertanya-tanya kan berapa lah harga Nanowhite Fresh ni? Harga Nanowhite Fresh ni takde la mahal sangat pun. Semua orang boleh beli. Meh aku bagitahu yer. Senang korang nak pergi beli nanti.
- Nanowhite Fresh Foam Cleanser 100g - RM15.90
- Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ml - RM20.50
- Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector gel 15ml - RM18.50
https://www.facebook.com/nanowhite/photos/a.10150182564123434.303349.130416903433/10153747858128434/?type=3&theater
19 komen
good review..:)
ReplyDeleteProduk ni sesuia utk kulit lelaki.. haha saje tanya. Sbb xde mention kat sana
ReplyDeleteWah makin berseri2 laa wajah dik tie pasni...nampak dah tu keserian pada wajah..comel gituu..Akk pon guna produk nano gak..nanowhite hehehe mmg berkesan..
ReplyDeleteWewit msti nanti berseri hari raya hehe
ReplyDeleteSyok nya., rasa ni mesti best sbb kulit muka berseri...
ReplyDeleteComel packaging die..berseri muka zatie
ReplyDeletenak jawab soalan PCL la... kalau tengok packing tu ada kartun pompuan jer..hahahahaa
ReplyDeleteGood review :)
ReplyDeleteMacam menarik produknya cuma tak boleh dah siqah nak tukar product.
Btw, tikar zatie yang merah hitam tu sama lah dgn kat rumah siqah. Hehe
Cun. Raya nanti mesti ada yang berkenan nak buat menantu.. haha
ReplyDeletecomel bekas tu :)
ReplyDeleteKompem aku beli lepas ni ..hahaha
ReplyDeleteNiceee! Akak suka miracle mist dia ... sejuk dan wangi je muka hee
ReplyDeletemcm tertarik pulak dgn spray mist tu...idak la melekit² muka beraya rmh org ye dak? :)
ReplyDeletepackaging dia comel. mist tu bkenan plak.. hehe
ReplyDeletehaaaa comey la dia raya ni..hehhehe
ReplyDeleteEh, awak pakai nanowhite fresh jugak? , samalah! best produk ni . Hari hari pakaii :D
ReplyDeleteMakin cantik lah awak.. Jom sesama cantik. Sebab Bella pun guna.. Yay!!
ReplyDeleteKlu utk yg akhir rmja bley pakai x...hee...payah btul nk carik produk ssuai
ReplyDeletelisa pun pakai ni.. fresh and rasa mint
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)