Gastrik Teruk Di Bulan Puasa

11:56:00 PM
Dugaan betul awal Ramadhan kali ni. Tak pernah aku kena gastrik teruk camni sampai tak boleh nak buat kerja. Kerja aku tidur je laa. Tidur pun tak lena sangat sebab asyik jaga je. Sakitnya memang menyucuk-nyucuk ulu hati. Pedih tu memang tak boleh nak cerita kat orang. Selera makan pun jadi hilang bila dah kena gastrik camni. Aduhaiii. Bila dah kena gastrik memang terpaksa la ambik ubat kan. Kalau tak memang aku tak nak dah ambik ubat gastrik ni. Huhu. Dah kena gastrik ni puasa ke tak? Korang rasa aku puasa tak? Hahahaha..

Gastrik Teruk Di Bulan Puasa






Kebetulannya kena gastrik masa aku tengah period tapi bukan di awal period laa. Senggugut pun dah habis. Aku pun macam tak sangka jugak nak kena gastrik tahap teruk camni sampaikan dok terbaring je. Tidur malam pun tak lena sebab rasa pedih sangat kat ulu hati. Nikmatnya sakit tu aku je la yang tahu. Huhuhu. Sehari sebelum puasa aku ingatkan dah ok sikit. Siap pergi pasaraya haaa beli barang nak sambut Ramadhan. Tetapi rupanya malam itu aku kena lagi teruk. Terpaksa la ayah aku keluar pergi beli ubat kat klinik. 

Bertahan laa lebih kurang 2 hari makan ubat tu tapi tak tahan jugak. Dok asyik pedih je kat ulu hati. Asid banyak sangat dah dalam perut. Angin pun tak nak keluar. Aku tak muntah sepanjang sakit tu cuma rasa nak muntah tu ada. Isinya tak keluar. Kiranya kalau aku makan, segala makanan aku tu selamat sampai ke perut la gamaknya. Boleh dikatakan bila orang bangun sahur, perut aku mula menunjukkan tanda-tanda sakit. Masa tu nak makan pun takde selera tapi aku paksa jugak la makan biskut sekeping dua camtu. Dan yang paling penting, aku terpaksa telan air susu sepanjang sakit gastrik. Hahaha. Sebenarnya aku bukanlah penggemar susu. Bila mak aku buat susu, aku suruh dia letak gula dalam susu tu. Hahaha. Maklumlah, aku ni tak suka benda tawar. Kena rasa jugak sedikit gula tu. Dah namanya mek kelate kan. Mesti la suka makan makanan yang manis. Hahahaha..

Oleh sebab perut pun macam tak tahan sangat, ayah aku pun ajak pergi klinik. Aku pun pergi je laa. Doktor pun bagi la ubat gastrik yang aku biasa dok makan. Ubat tu kena kemam dulu lepas tu telan. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang sikit rasa sakitnya. Harapnya dapat la berpuasa dengan sempurna nanti tanpa masalah gastrik. Nampaknya memang kena jaga makan betul la kali ni. Tak boleh biarkan perut lapar lagi. Uhukk. Mak aku pun dah pesan, kena minum susu tu hari-hari sebab nak jaga perut. Tak nak bagi sakit lagi. Terpaksa lah aku akur kali ni untuk minum susu. Hahaha..

Sebelum aku terlupa. Sepatutnya aku dah pos hadiah untuk pemenang First Giveaway By Izzati Suhaide isnin lepas tapi sebab aku sakit, aku terpaksa lewatkan sikit proses pengeposan itu. InsyaAllah, aku akan pos mulai ahad ini. Bungkus pun tak siap lagi. Maafkan aku yerr. Perkara ini tak dapat nak di elakkan. Huhu. Apapun nanti aku akan update kat FB Page yer. Jangan risau ok.

Ok lahh. Pesanan untuk korang, sila jaga makan yer terutama di bulan puasa ni. Jangan nak makan ikut nafsu sangat. Nanti tubuh yang merana. Jangan biarkan perut anda terkejut dengan menerima makanan yang banyak setelah dibiarkan kosong berjam lamanya. Tu pun boleh menyebabkan gastrik jugak tau. Huhuhu.. Ok lah.. Babai..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Inani Hazwani
AUTHOR
June 9, 2016 at 12:38 PM delete

Jaga diri Zatie bulan puasa ni :)

Reply
avatar
Fieza Sani
AUTHOR
June 9, 2016 at 3:31 PM delete

take care dear di bulan posa ni..dulu husben saya selalu kena gastrik terutama bulan posa..bila pi check2, rupanya ada batu dalam hempedu..huhu..kena operate..lepas tu, baru tengok dah okey..gastrik tak menyerang lagi setakat ni..

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
June 9, 2016 at 4:53 PM delete

Sama la Kita Zatie..akak Dah Dua Hari heart burn sbb gastrik..sampai x boleh tarik nafas

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 9, 2016 at 9:26 PM delete

Kesian adik akak ni..sabar ya..ada tanya doktor tak..sebab ada sesetengah doktor bila pesakit gastrik tidak digalakkan minum susu sebab akan semakin bisa..minum air suam dan makan biskut atau roti sikit-sikit..lepas tu baru makan nasi dengan lauk tidak berminyak dan tidak pedas...sampai betul-betul ok..

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
June 9, 2016 at 10:23 PM delete

samalah kak ana pun zatie, bertabah lah sepanjang Ramadan ni dengan gastrik :)

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
June 9, 2016 at 10:37 PM delete

alahaii adik..rehat cukup2 ye..jaga kesihatan

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
June 10, 2016 at 4:02 PM delete

moga cepat sembuh... dan dipermudahkan urusan...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon