Saturday, June 25, 2016

Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah

Dah masuk hari ke 20 kita berpuasa ni, stesen radio pun dok mainkan lagu raya je pagi petang siang malam. Yelah kan, nak bagi rasa kemeriahan untuk sambut raya. Betul tak? Tapi dalam menanti kemeriahan nak sambut raya pun, jangan dilupa sisa-sisa ramadhan yang tinggal ni. Manfaatkan sebaiknya. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Huhuhu.. Ok laa. Korang sebelum ni pernah dengar kan lagu Hang Pi Mana oleh kumpulan Khalifah? Haaa, kali ni mereka tampil dengan single lagu raya pulak hokey. Tajuk lagu dia Hang Pi Raya. Muzik yang sama tapi lirik je lain. Dah dengar ke belum lagu raya terbaru dari Khalifah ni? Sedap jugak tau. Meh aku belanja lirik lagu Hang Pi Raya untuk korang ehhh..

Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah


Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Hari raya tiba
Sebulan puasa tertunai sudah
Duit yang ada
Cukup cukup saja
Buat belanja
Ada kereta yg aku bawa
Jenama malaysia
In sya allah
Jumpa mak ayah
Dan sanak saudara

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Takbir bergema indah dipagi raya
Syahdu terdengar iramanya dijiwa....
Syawal mulia ampun maaf dipinta
Pada ibu ayah dan juga sanak saudara

Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa
(Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa)
Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya
(Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya)
Kuih raya semua ada juga macam-macam ada
(Kuih raya semua ada juga macam-macam ada)
Nak pi raya mana tunggu lepas solo guitar...

Ceq pi raya ceq pi ziarah sini sana
Jumpa kawan lama buka macam macam cerita
Sedih gembira kita kongsi bersama
Selamat hari raya ampun maaf dipinta....

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya




Kalau korang dah suka dengan lagu Hang Pi Mana, korang mesti akan suka jugak dengan lagu Hang Pi Raya ni. Ok lah. Jom layan lirik video lahu Hang Pi Raya. Babai..






3 komen

Hahaha anak2 kak lya suka sgt nyanyi lagu ni versi hang pi mana hahaha..nak nak akif..

Hi ada juga lagi hang pi Raya ye..(>.<)

bestkan...selamat.....harii....raya
......

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon