Monday, June 13, 2016

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Hari ni dah masuk hari yang kelapan kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Ok tak? Diharap semuanya ok lah yer untuk meneruskannya hingga ke penghujung Ramadhan. InsyaAllah. Lepas tu boleh la raya. Ehh.. Sebut pasal raya ni kan, aku ada bukak youtube, saja la nak cari lagu raya. Ambik mood orang kata. Hahah. Aku terjumpa satu rakaman terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza. Rakaman lagu raya terbaru dari dia tau. Maknanya tahun ni Dato' Siti Nurhaliza akan tampil dengan lagu raya terbaru la. Tajuk dia adalah Hari Kemenangan. Aku dah dengar dan memang sedap lagu raya yang baru ni.  Lagu Hari Kemenangan ini mendapat sentuhan karya dari Pak Ngah manakala liriknya pula di tulis oleh Siso Kopratasa. Best jugak lirik dia. Meremang bulu roma aku dengar lagu ni. Meh tengok lirik lagu Hari Kemenangan oleh Dato' Siti Nurhaliza. 

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Dilangit dibumi bertasbih
Memuji kebesaran
Mengalir air mata ini
Sedari keagungan Maha Esa

Jendela dan pintu dihati
Terbuka seluasnya
Memohon meminta menanti
Keampunan dariNya
Oh.. Oh... Oh..

Inilah hari kemenangan
Inilah hari keberkatan
Sebulan kita berpuasa
Menewaskan semua godaan

Inilah hari kemenangan
Inilah hari kemaafan
Antara kita dan Yang Esa
Juga kita sesama insan


Best kan lirik dia. Boleh la masuk dalam senarai lagu raya tahun ni kat henpon masing-masing. Hehehe. Korang nak dengar tak? Aku belanja video teaser ehh. Hehehe.. Babai..





6 comments:

  1. Tak pernah dengar lagi. Jap lagi boleh tengok lah kat youtube :)

    ReplyDelete
  2. Uish awal betul berhari raya xD ... Terima kasih bookmark dlu lagunya

    ReplyDelete
  3. Meriah hari raya nanti.(>_<).Sertai Segmen Memori Berkasih Ucing Follow :cool:

    ReplyDelete
  4. Huuuuu... video tak boleh tengok.
    Zassss... Mrs. A nak pi google lagu ni

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)