Saturday, June 25, 2016

Perasaan Berbuka Puasa Seorang Diri

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Dah banyak hari tak update blog. Padahal aku takde idea nak update apa. Hahaha.. Tetiba pulak aku teringat kenangan berpuasa semasa belajar dulu. Banyak kenangan pahit manis dalam bulan puasa masa belajar dulu. Perkara lucu pun ada tapi ada ke eh benda lucu? Aku pun dah lupa. Hahaha. Yang aku ingat benda sedih dan hepy je. Hehehe.. Korang pernah tak rasa berbuka puasa seorang diri kat bilik terutama masa zaman belajar dulu? Bukan zaman kerja yer. Zaman belajar? Apa perasaan korang berbuka puasa seorang diri kat bilik? Sedih tak? 






Aku pernah merasai berbuka puasa seorang diri kat bilik masa zaman belajar dulu. Masa tu zaman degree. Boleh dikatakan memang kerap jugak la berbuka puasa sorang-sorang ni. Beli makanan pun sorang-sorang. Sedih? Sudah tentu sedih weii. Tengok orang lain berbuka puasa dengan kawan-kawan atau dalam kelompok ramai sedangkan aku berbuka sendirian dalam bilik menghadap dinding. Hahaha. Perasaan cemburu tu terbit juga di hati bila tengok kawan-kawan upload gambar kat IG dan FB bila mereka berbuka puasa dalam kelompok yang ramai. Aku pulak krik krik krik dalam bilik. Huhuhu. 

Kalau rumah aku dekat pada waktu tu, memang aku akan balik bukak puasa kat rumah la dari bukak puasa sorang-sorang tu. Dok layan jiwa sorang-sorang lepas tu sedih. Orang lain mana tahu. Aku je yang rasa. Hahaha. Tapi aku buat rilek je. Yelah. Takkan lah asyik nak dok dalam kelompok yang ramai je kan. Kadang-kadang kena lah juga merasai nikmat berbuka sendirian.. Haa gituuu. Sedapkan hati je tu. Hahahaha. Tetapi itulah hakikatnya. Ada orang rasa lost bila sendirian tapi aku tak nak layan sangat perasaan tu. Tipu lah kalau tak rasa kan tapi kena pandai kawal lah. Kang jadi lain pulak. Hehehe..

Namun itu semua adalah kenangan buat aku. Bermula puasa tahun lepas dan tahun ni, tidak lagi keseorangan sebab dah habis belajar. Masa tu banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga. Takde dah nak layan jiwa sorang-sorang lagi tu. Yelah kan. Mana la tahu kot tahun depan berbuka puasa dengan suami pulak. Ehh. Hahaha. InsyaAllah, jika Allah sudah mempertemukan jodoh aku. Hehe.. Korang pulak macam mana? Pernah ke bukak puasa sendirian masa zaman belajar dulu? Apa yang korang rasa? Hehe. Ok lah. Bai..


Gambar dari Facebook Buasir Otak: The Komik



3 komen

Dah jadi rutin harian jm berbuka sendirian...

alorhhh alorhh tak mau la sedihhh

masa degree dulu selalu juga buka sorang sorang sebab kita perantau, orang lain rumah dekat dekat. tabah je la mampu.. hehehe

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon