Friday, June 10, 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Setelah beberapa hari tidak dapat beraksi di dapur, hari ni aku dapat jugak beraksi seperti sediakala. Haaa kau.. Beraksi gituuu. Hahaha. 3 4 hari lepas aku kena gastrik teruk. Memang tak larat la nak masak nya. Terpaksa la mak aku jugak yang masak. Hehehe. Tetapi hari ni aku rasa macam dah ok dan tak sakit lagi, mak aku pun memang suruh aku laa yang masak untuk berbuka puasa hari ni. Memandangkan aku rasa macam dah lama tak makan ayam masak kicap, jadi rasa nak masak benda tu. Masak ala kadar je untuk 5 orang makan. Cukup lah untuk sampai sahur nanti. Resepi ayam masak kicap mudah je. Tak susah pun. Meh tengok resepi ayam masak kicap mudah versi Izzati Suhaide. Hehehe..

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*kisarkan bahan tersebut

6 ketul ayam yang sudah di goreng kunyit
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu besar cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam dan gula 
Cili hijau

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis bersama bahan yang sudah dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga ianya pecah minyak. Tambah sedikit air. Ikut citarasa anda. Jika inginkan kuah yang banyak, tambah air lebih sikit. Masukkan sos tiram, sos cili serta kicap. Tambah gula dan garam secukup rasa. Selepas itu masukkan ayam yang sudah digoreng kunyit dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat bersama cili hijau yang dipotong kecil. Kacau lagi hingga sebati kemudian tutup api dan boleh di hidang untuk menjamu selera bersama keluarga tersayang. 


Mudah je kan resepi ayam masak kicap versi aku ni. Takde la susah sangat pun. Bila-bila masa pun boleh buat. Ok lah korang. Selamat mencuba.. Babai..



4 komen

Fav ena ni.. Tapi ena tak lepas lagi nak mmbuatnya. Boleh try resepi yg di share ni nanti.. Lapar pula perut ni tengok

Sedapnya! Fav sungguh. Makan nasi pepanas sedapnyaaaaa. Hihi



Jemput join MiniGA di Blog Alja ^^ Giveaway selama 4 hari sahaja dari 10-13 June 2016.

30 terawal yang join akan dapat Kad Raya dari Alja. Senarai hadiah pun ada. Jika peserta memberangsangkan selama 2 hari GA dijalankan, InsyaAllah akan ada penambahan Hadiah ^^

http://www.cahayapermata.my/2016/06/giveaway-ramadan-2016-by-nuralja.html

senang je kan masak ayam kicap ni...tapi anak2 x suka pulak makan kicap...huhu...mak ngan bapak je la yang makan..ehehhe

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon