Monday, June 20, 2016

Resepi Sup Ayam Mudah

Dah banyak hari tak update blog. Takde mood sebenarnya. Hahaha. Jadi, hari ni aku nak kongsikan dengan korang resepi sup ayam mudah dari aku. Mudah je buat sup ayam ni sebenarnya. Campak-campak je pastu jadi la sup tapi yang penting kena masak dengan kasih sayang la yer. Itu lah kunci utama untuk hasilkan sesuatu masakan yang lazat dan enak. Betul tak korang? Sup ayam yang aku buat ni takde la guna banyak bahan sangat pun. Mudah sahaja. Jom tengok resepi khusus dari aku. Hehehe..

Resepi Sup Ayam Mudah

Resepi Sup Ayam Mudah

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam
5 biji bawang merah (di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1/2 halia (di hiris nipis)
3 biji kentang
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
Serbuk perasa
Garam
Sup bunjut
Minyak

Cara menyediakan:
1) Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris tadi. Tumis sehingga garing.
2) Setelah garing, masukkan ayam dan sedikit air serta garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
3) Selepas itu, masukkan sup bunjut dan kentang yang di belah empat. Tambahkan lagi air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
4) Tambah sedikit serbuk perasa dan tunggu sehingga sup menggelegak. 
5) Bila dah masak tutup api dan hidang untuk dimakan bersama nasi panas. 
6) Nak lagi sedap, taburkan daun sup dan bawang goreng. Aku tak bubuh sebab tak makan benda tu. Hahaha.

Mudah je kan. Korang yang dok bujang tu kalau tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ringkas dari aku ni untuk masak buka puasa nanti.. Selamat mencuba. Bai..




17 komen

Huishh sedap la pula sup ayam.. lama tak masak sup ayam

Sedap sup akk suka, lg2 kalau mkn dgn tempe grg n sambal kicap.nyum..nyumm.. fav. adriana ni

pcl penggemar sup ayam.. suka sangat.

Nak buat lah sat g...anak2 sy suke sup2 ni. Tq utk resipi mudah ni

Thankyou atas recipe nye. I baru nak belajar memasak. Hehe. Nice sharing. Btw, meh laa jenguk blog i. belogeffaayda.blogspot.com ��

Thankyou atas recipe nye. I baru nak belajar memasak. Hehe. Nice sharing. Btw, meh laa jenguk blog i. belogeffaayda.blogspot.com ��

dh lama x masak. tu yg cari resepi simple ni. tk admin.

kita credit akak dalam entry ye .share resepi :) http://sweetsourtheworld.blogspot.my/2016/12/cabaran-30-hari-blogging-day-2.html

Hari ni tiba2 ada mood nak masak plak. Tapi nak masak yg simple2 je macam sup ayam ni. Hehe...thanks for sharing...😊😊😊

Suka refer resipi2 yang mudah jer..yang baanyak2 bahan tu complicated nau.. heheheh.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon