Salam Ramadhan Al-Mubarak

3:19:00 PM
Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk kita berjumpa dengan Ramadhan yang penuh mulia ini. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pastu raya. Ehh. Lambat lagi. Hahaha. Baru sempat nak buat entri sambut Ramadhan. Malam pertama ramadhan aku dah kena uji. Kena gastrik oiii.. Aduhh. 


Ramadhan tahun aku masih lagi single tapi berbeza sikit la dengan tahun sebelumnya. Hehe. Apa yang beza eh? Jap nak pikir. Hahaha. Abaikan je la yer. Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan merupakan pesta ibadah bagi umat islam. Dalam bulan Ramadhan ini lah kita digalakkan untuk mengumpul pahala dan menghindari segala perkara yang di benci oleh Allah. Tapi bulan Ramadhan ni orang dok nampak pesta makanan. Yelah, kiri kanan depan belakang penuh orang dok meniaga makanan. Hehehe. Makan pun beringat jugak yer. Jangan terlalu ikutkan hawa nafsu.

Setiap perkara kebaikan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan dilipat gandakan pahala amalan kita. Jadi, rebutlah peluang yang ada ini dengan melakukan amal kebaikan. Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima olehNya. InsyaAllah. Jangan lupa jugak sahur yer. Korang nampak je ringan tapi dalam sahur itu ada keberkatannya. Besar pahalanya orang yang bersahur kerana berpuasa di bulan Ramadhan ini. Jadi, jangan skip sahur yer. 

Aku pun tak tahu dah nak taip apa. Apa pun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat islam. 





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon