Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

1:51:00 AM
Menemui Lailatul Qadar adalah harapan kita semua umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Hal ini kerana, kemuliaan malam tersebut akan membawa kepada keberkatan yang abadi kerana malam itu lebih baik dari 1000 bulan. Namun, tidak semua dari kita akan menemui malam tersebut kerana hanya insan terpilih dan benar-benar bersungguh dalam menjalankan ibadah akan berjaya mendapatkannya. Malam Lailatul Qadar hanya terdapat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan Rasulullah SAW ada meriwayatkan tentang tanda-tanda malam Al-Qadar.


Rasulullah saw. bersabda, “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (H.R  Bukhari). 

Dalam riwayat lainnya, disebutkan sebagai berikut:


“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)

Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

1) Terbitnya cahaya matahari yang lembut pada waktu pagi. Sinaran cahaya matahari kelihatan cerah tetapi tidak panas.

2) Udara sejuk dan tenang
Ibnu Abbas radiallahuanhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lailatul qadar adalah malam yang tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar tidak terlalu cerah dan terlihat berwarna merah" (Hadith Hasan)

3) Pada waktu malam, bulan kelihatan separuh bulatan

4) Suasana pada waktu malam lebih terang,  udara sejuk, tidak berawan, tidak hujan dan angin berhembus lembut.

5) Orang yang melakukan ibadat pada malam tersebut akan merasa ketenangan serta nikmatnya bermunajat dan berdoa jika dibandingkan dengan malam yang lain.

Sesungguhnya amatlah beruntung jika dapat dipertemukan dengan malam lailatul qadar kerana sesungguhnya Allah mengabulkan doa-doa hambaNya pada malam tersebut. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ni. Jom sama-sama meningkatkan lagi amalan di bulan yang mulia ini. 



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
June 15, 2016 at 3:15 PM delete

dulu semua teruja tunggu malam lailatul qadar.. masa di kampung

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
June 15, 2016 at 4:47 PM delete

tak sabar nak menanti :)

Reply
avatar
June 15, 2016 at 10:43 PM delete

Yup. Tak sabar nak tggu malam tu :) Semoga kita semua diberi pulang jumpa malam Lailatulqadar ni . Amiinn

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
June 16, 2016 at 1:49 AM delete

semoga kita diberi peluang. selalu amalkan perkara yang baik

Reply
avatar
June 16, 2016 at 3:46 PM delete

Perkongsian yang menarik.. semoga kita semua diberi peluang menemui malam lailatul Qadar..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon