Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

7:51:00 AM
Gastrik menyerang di bulan puasa memang tak dapat nak dipisahkan. Kena menahan lapar kot. Macam mana tak kena gastrik. Betul tak? Tetapi jangan disebabkan gastrik, korang nak skip puasa pulak. Jangan jadikan alasan gastrik untuk korang tidak perlu berpuasa sedangkan inisiatif perlu di cari untuk mencegah perut kita dari terkena gastrik. Aku sendiri pun ada gastrik tapi aku cuba kuatkan diri agar dapat berpuasa sepenuhnya. Tak perlu nak berpuasa sekerat hari je. Kan jadi rugi. Tak pasal-pasal kena ganti. Hehe. Tetapi jika gastrik korang teruk, jangan paksa diri tau. Kesihatan juga perlu dijaga. Korang yang ada gastrik tu, meh tengok tips mencegah gastrik di bulan puasa.

Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

1) Bersahur
Sahur adalah penting yer. Tolong jangan skip sahur. Korang takde selera macam mana pun kena paksa jugak bangun sahur. Bila bersahur ia akan memberi sedikit tenaga untuk kita dapat menahan lapar sehingga waktu berbuka. Korang boleh ambik kurma dan segelas susu semasa sahur. Itu pun sudah memadai. Korang juga boleh amalkan menu sahur yang sihat. Itu pun sudah boleh mengenyangkan. 

2) Makan sederhana
Sewaktu berbuka elakkan makan berlebihan. Makan lah secara bersederhana. Perut kita tidak menerima sebarang makanan selama lebih kurang 12 jam. Bila waktu berbuka, korang makan banyak. Perut boleh mengalami kejutan kerana terpaksa kandungan makanan yang berlebihan. Perkara ini sangatlah tidak elok untuk sistem penghadaman kita.

3) Tidak makan pedas atau berminyak 
Bagi anda yang sememangnya ada gastrik, elakkan pengambilan makanan yang pedas atau berminyak. Mungkin bagi anda makanan tersebut tidak terlalu pedas tetapi ia boleh menghakis dinding perut sehingga menyebabkan kesakitan.

4) Tidak tidur dengan perut kenyang
Seeloknya selepas makan jangan lah terus tidur. Sekurangnya biarkan makanan yang berada dalam perut di proses terlebih dahulu.

5) Tidak merokok selepas berbuka
Merokok juga boleh menyebabkan gastrik. Jadi, tinggalkan amalan merokok selepas berbuka agar anda terhindar dari terkena gastrik yang teruk.

Gastrik ni ada ubatnya jika kita sentiasa menjaga pemakanan kita. Tapi aku sendiri pun bukan lah jenis seorang yang jaga pemakanan jugak. Kalau aku lapar, aku rela tahan dari makan sesuatu. Sebab tu terkena gastrik yang teruk. Sebelum terkena kepada penyakit yang lebih serius, seeloknya kita menjaga pemakanan kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga tips ini dapat membantu kalian. Selamat berpuasa..




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Dkna Abza
AUTHOR
June 10, 2016 at 8:11 AM delete

kesian kan kalau kena gastrik bulan puasa.. sama-sama kita doakan supaya sihat sepanjang bulan tuk beribadat ..

Reply
avatar
Nur Yusuf
AUTHOR
June 10, 2016 at 2:40 PM delete

Pernah kena gastrik dulu masa puasa.. tp sejak lepas sahur tak tidur balik.. alhamdulillah ok. thanks ye kongsi tips!

Reply
avatar
June 10, 2016 at 2:48 PM delete

Kalau datang gastrik time puasa memang terlentang jee atas katil.. Lagi satu tips ena xnk gastrik, lepas sahur jangan tidur. Kalau tak lepas bangun confirm lapar teruk

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon