Tips Menu Sahur Yang Sihat

5:20:00 PM
Seperti yang kita tahu, ramai orang suka skip sahur dengan alasan mengantuk. Sahur merupakan amalan sunat yang sangat di anjurkan oleh nabi kita. Jadi, kalau dah skip sahur kan dah hilang satu amalan sunat kita. Takde selera sekali pun sekurangnya minum segelas air sekadar untuk mengambil keberkatan sahur di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kalau korang macam takde selera sangat nak makan sahur, apakata amalkan tips menu sahur yang sihat ni. Aku sendiri pun kadang-kadang malas jugak nak makan sahur tapi aku paksa jugak makan sebab tak nak nanti jadi letih dan lesu. Oleh itu, aku dah sediakan beberapa tips menu sahur yang sihat untuk korang semua..


Tips Menu Sahur Yang Sihat

Tips Menu Sahur Yang Sihat

1) Kurma
Tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur bersama dengan segelas air putih.

2) Oat
Pengambilan oat juga akan membekalkan tenaga sewaktu berpuasa. Tambah hidangan oat dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi atau mungkin kacang.

3) Telur
Bersahur dengan telur akan membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Anda akan berasa lebih kenyang jika mengambil telur sewaktu bersahur.

4) Kentang
Kentang akan membuatkan perut lebih kenyang berbanding roti. Hidangan kentang boleh dipelbagaikan seperti kentang panggang atau kentang putar.

5) Kacang
Kacang merupakan sumber lemak, protein dan serat yang baik. Pelbagaikan pengambilan kacang. Tempe juga boleh jadi menu yang menarik kerana ianya diperbuat daripada kacang tapi aku tak suka tempe.. Hehehe..

6) Ikan
Ikan yang dibakar boleh juga dihidang bersama sayur-sayuran akan membuka selera sewaktu sahur. Kalau rasa tak tahu nak masak macam mana, korang boleh kukus ikan tu. Yummy, mesti sedap tu.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Korang yang nak diet tu boleh la amalkan tips menu sahur ni. InsyaAllah, raya ni korang mesti tubuh korang slim melim gituu. Selamat  bersahur dan selamat berpuasa..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
jida
AUTHOR
June 5, 2016 at 5:35 PM delete

thanks for the sharing..selamat menyambut RAMADHAN.

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
June 5, 2016 at 9:37 PM delete

Biasa kalau terlewat bangun memang makan kurma aje. Hehehe

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon