Cerita Raya Izzati Suhaide

9:59:00 PM
Hai semua. Selamat hari raya. Rasanya belum terlewat lagi kan untuk aku mengucapkan selamat hari raya buat korang. Hari ni baru raya ke enam. Masih lagi dalam mood raya kan walaupun ada yang dah masuk kerja. Raya kan sebulan. Hahaha. Macam mana suasana hari raya korang? Meriah ke tidak? Suasana hari raya aku untuk tahun ni seperti tahun yang sebelumnya. Maklum lah masih lagi beraya sebagai gadis single tanpa suami di sisi. Ehh. Hahaha. Tahun depan harapnya boleh la beraya berdua kan. Hikhikhik.


Raya tahun ni aku tak pakai baju baru pun sebab takde baju baru. Sedih kan. Hehe. Ok. Tipu je. Sebenarnya aku ada baju baru tapi baju tu kena baiki sikit sebab labuh dan orang yang baiki baju aku tu pun bukannya orang lain. Mak saudara aku jugak. Dia sibuk sebab banyak sangat tempahan tapi aku tak kisah pun kalau tak pakai baju baru tu. Takde la sampai nak nangis keluar air mata darah bagai tu. Dah besar panjang kot. Aku pakai je la baju yang ada walaupun baju yang aku pakai tu memang orang dah selalu tengok. Hahahaha.

Sebenarnya raya tahun ni boleh dikatakan murah sangat rezeki untuk aku. Pada mulanya aku fikirkan yang aku takkan ada baju baru tapi tak sangka pulak ada rezeki aku untuk dapat baju raya free. Syukur alhamdulillah. Aku pun bukan lah berharap sangat nak dapat baju raya free tapi kalau ada itu sudah cukup untuk aku. Aku terima seadanya. Hihihi. Tapi takde lah gambar pakai baju baru. Gambar yang ada semuanya pakai baju lama. Sampaikan kawan aku pun dah kenal baju-baju aku. Hahaha. Hari raya pertama lagi lah tak sempat nak bergambar sebab dok dapur je kan. Aku pakai je jubah yang ada. Tak sempat dah nak lilit-lilit shawl bagai ni. Hehe..

Raya tahun ni di sambut dengan penuh sederhana. Keluarga aku pun bukan lah dari golongan orang yang ada-ada. Sekadar cukup hanya untuk menjamu ahli keluarga dan saudara-mara terdekat yang datang beraya. Yang paling penting ialah aku dapat duit raya. Itu pun sepupu aku yang bagi. Orang tak nak bagi dah duit raya kat aku ni. Tak layak dah nak dapat duit raya. Sepatutnya aku yang bagi duit raya tapi belum ada rezeki nak bagi duit raya kat budak-budak. Jadi, orang lain lah yang kena bagi aku duit raya. Hahahaha..

Sempena syawal yang mulia ini, aku ingin memohon kemaafan andai aku ada melakukan salah dan silap hingga membuatkan korang terasa hati semasa membaca entri aku. Salah silap ni bukan dari pertuturan sahaja malahan melalui penulisan pun orang boleh terasa hati dengan kita. Aku memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Meh la aku belanja sikit gambar raya. Tak banyak mana pun. Tak semeriah korang punya. Hehehe.. Ok lah. Bai..









Artikel Terkait

Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
CikLa Shahril
AUTHOR
July 11, 2016 at 10:44 PM delete

Selamat hari raya. Maaf zahir batin...

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
July 12, 2016 at 11:25 AM delete

salam aidilfitri dari akak ye izzati.
and yes, akak amin kan agar thn depan izzati beraya berdua.
in shaa Allah...

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
July 12, 2016 at 10:30 PM delete

Selamat hari raya izzati :)

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
July 13, 2016 at 12:09 PM delete

Selamat Hari Raya juga...

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
July 14, 2016 at 2:11 AM delete

Assalamualaikum.. Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon