Kau Aku Kita Raya

9:00:00 AM
Musim raya ni kalau tv tak tayang cerita best memang takde maknanya la aku nak bukak tv. Hahaha. Semalam TV3 menayangkan drama Kau Aku Kita Raya. Sape layan cerita tu sila angkat tangan. Hehe. Aku pun layan jugak tau. Bukan aku je, mak ayah aku pun turut sama layan jugak. Mereka suka tengok gandingan Saharul Ridzwan dan Janna Nick. Serasi tengok mereka digandingkan dalam drama tu. Kau Aku Kita Raya merupakan kesinambungan dari drama Kau Aku Kita yang pernah ditayangkan di slot Lestary TV3 sebelum ni. Apa yang menariknya Kau Aku Kita Raya ni yer? Ok. Meh aku cerita sikit ehh. Kot la ada yang tak sempat nak tengok semalam. Hihi..


Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Aus teruja sangat bila dapat tahu yang Iman mengandung. Kemain lagi Aus jaga Iman supaya Iman tidak melakukan kerja berat tapi Iman ni keras kepala. Suka sangat bangkang cakap Aus. Sehingga lah pada satu ketika Iman keguguran. Dari situ lah dia sedar  segala yang dilakukan oleh Aus itu untuk kebaikan Iman dan kandungannya. Iman dipaksa oleh Daddy Aus untuk mengikuti ke mana sahaja Aus pergi termasuk lah ikut Aus pergi shooting. Iman kalau boleh memang dia tak nak ikut Aus sebab bagi dia, industri hiburan bukan lah dunia dia. Cukup lah hanya sekadar Aus bersama Mus sahaja. Tapi Iman sentiasa cuba untuk jadi isteri yang baik buat Aus. Dia cuba memahami karier suaminya sebagai seorang pelakon popular dan sentiasa dikerumuni peminat. Nak tahu lagi korang tengok la sendiri. Kalau aku cerita dari A sampai Z memang tak syok laa. Hehehe..

Pendapat Aku Tentang Kau Aku Kita Raya

Kau Aku Kita Raya bagi aku jalan cerita dia sangat simple. Takde dah konflik yang banyak tu. Telemovie ni lebih berkisarkan kehidupan Aus dan Iman yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain walaupun panggilan antara mereka masih lagi ber "kau" dan "aku". Bunyi macam kasar tapi hati sayang. Aus pun tak paksa Iman untuk panggil dia dengan panggilan "abang" jika Iman belum ikhlas untuk memanggil Aus dengan panggilan tersebut. Bagi Aus cukup lah dia mengetahui yang Iman tu sayangkan dia. Alahaii. Cair jugak lah aku menengoknya. Teringat kat buah hati. Ehhh. Hahaha..

Tambah lagi, aku suka tengok Aus yang sangat gemar menyakat Iman lepas tu Iman tu suka marah-marah dan merajuk. Mungkin nampak macam mengada-ngada kan tapi sebenarnya wujud je perangai perempuan macam tu. Aku pun camtu jugak tapi kurang sikit la dari Iman tu. Hahaha. Iman cepat nangis tapi aku susah nak nangis. Ehh. Yeke ekk? Hahaha. Alahhh. Biasa la kan kalau perempuan suka nangis. Dah nama pun perempuan. Kena marah pun nangis oiii. Hehehe.. Watak Iman tu garang tapi sebenarnya dia seorang yang manja. Cepat sentap. Sebab tu kalau silap sikit je nak merajuk lepas tu nangis. Hahaha.. Adoii. Sabar je lahh laki kalau dapat bini perangai cam Iman tu. 

Aku pun tak nak komen panjang-panjang. Semua ni hanya pendapat aku sahaja yer. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak tahu tahap mana sweetnya cerita ni, korang kena lah tonton sendiri yer. Hehehe.. Apa pun tahniah buat semua krew yang terlibat dalam menjayakan telemovie Kau Aku Kita Raya. Kalau TV3 ulang balik pun, aku akan tengok balik cerita ni. Hahahaha. Ok lah. Baii..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
shasa_fiez
AUTHOR
July 12, 2016 at 11:18 AM delete

Singgah baca! Selamat Hari Raya

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
July 12, 2016 at 11:23 AM delete

sweet la citer nyer.
simple. takde masalah yg kronik yg susah otak kita nak hadam di tgh mlm :)
happy ending.
feveret aida ialah shamsul ghau ghau. bab ketuk kepala aus ha ha ha...

Reply
avatar
YieN
AUTHOR
July 12, 2016 at 12:06 PM delete

Baru lepas tengok on9 cite ni tadi, hehe~

Reply
avatar
Afif Rayyan
AUTHOR
July 12, 2016 at 9:20 PM delete

Wife saya sanggup kensel beraya semata2 nak tengok citer nie.. ahaha

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
July 12, 2016 at 10:29 PM delete

Alaa tak sempat tengok semalam. Huhu. Suka cerita nie. Suka gandingan hero dan heroin. Comel 😍

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
July 13, 2016 at 4:39 PM delete

TRAK SEMPAT TENGOK LAGI SEBAB BALIK KG.. HUHU KALAU DOK UMH SENDIRI ABES KHATAM SEMUA CERITA RAYA NI HEHEHEH

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon