Friday, July 15, 2016

Kucing Aku Dah Sembuh

Korang ingat lagi tak aku pernah cerita pasal sekor kucing aku yang luka teruk kaki dia? Itu pun kalau korang ada baca la entri aku sebelum ni. Kalau belum baca boleh tengok SINI. Kaki kucing aku masa tu memang teruk sangat lukanya. Nasib baik tak berulat je cuma lalat asyik hinggap di kawasan luka. Ermm, kesian sangat. Menangis jugak la aku bila tengok dia sakit masa tu. Tetapi sekarang setelah beberapa bulan, kucing aku tu dah kembali sihat dan pulih. Kaki dia pun dah tak luka lagi dan dia pun dah kembali seperti kucing-kucing aku yang lain.



Haaa. Korang boleh nampak kan perbezaan kaki kucing aku semasa luka teruk dan keadaan kaki dia yang sekarang ni. Dah pulih dan tumbuh daging baru. Cuma parut tu masih ada sikit. Tambahan pulak kucing aku ni aktif sangat kot. Kalau berlari tu laju macam pelesit. Tak terkejar oii. Memang laju kucing aku ni bila dia jalan. Hahaha. Seronok bila tengok dia kembali aktif dan boleh bermain seperti sediakala cuma cara dia jalan macam tempang sikit lah. Kaki dia yang sebelah tu macam tak berpijak sangat masa jalan. 

Tengok lah gambar kat bawah ni. Bukan main lagi dia dok landing atas katil aku. Kucing aku ni memang manja sangat tau. Kalau panggil terus datang dekat kita dan nak duduk atas riba. Sabar je la. Hehehe..





Minggu lepas kaki dia luka balik. Dah la baru je baik luka tu tiba-tiba tengok berdarah tempat bekas luka tu. Rupanya dia kena kacau dengan kucing jahat. Kucing jahat tu cakar dia. Adoii. Nasib baik spray yang adik aku beli tu ada lagi. Bila nampak je luka tu, adik aku spray terus di tempat yang luka tu. Kalau korang nak tahu spray apa yang kami guna untuk rawat kucing ni, boleh rujuk entri aku yang sebelum. Klik je SINI. Senang. Hehehe..

Sebenarnya minggu lepas ada 2 ekor kucing aku mati. Sekor tu kena langgar dengan kereta dan sekor lagi keracunan. Kesian anak kucing aku yang sekor lagi tu takde kawan sebab kawan dia dah mati. Sampai demam anak kucing aku tu. Monyok je. Tak nak main pun. Beberapa hari ni baru ok balik lepas ayah bawak pergi klinik. Kucing-kucing ni la peneman aku kat rumah ni. Tidur malam pun mesti aku bawak kucing masuk bilik. Hehehe. Korang pun mesti camtu jugak kan? Ok lah. Bai..



5 komen

sedihnya tgk meow sakit tu.. :'(

sedih tengok kucing yang kita bela macam tu...dah pernah terjadi masa kecik dulu...sampai sekarang takmau bela kucing dah...

Kesian...
Sekarang dah ok ke?

ucing jantan kan..hahaha memang pun bergaduh tu dek...

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon