Friday, July 1, 2016

Rambang Mata Pilih Barang Di ZALORA

Beberapa minggu lepas aku dapat baucer dari Zalora. Alhamdulillah, rezeki pada bulan ramadhan tahun ni melimpah ruah untuk aku. Dapat juga merasai sesuatu hasil dari blogging. Terima kasih buat semua yang sentiasa doakan aku. Hehe.. Ok lah. Bila dah dapat baucer Zalora ni memang aku dah set dalam kepala aku barang apa yang aku nak beli. Sudah tentu la yang menjadi keinginan aku ialah handbag. Dah lama aku tak beli handbag baru. Teringin jugak raya tahun ni ada handbag baru. Haaa gituu. Ada la dalam lebih kurang 2 minggu camtu aku dok dating dengan web Zalora. Dok pilih beg punya pasal kan. Habis setiap pelusuk page Zalora aku tengok. Hahaha. Biasa lah bila perempuan shopping ni. Mesti lama.. Hehe..

Aku sangat lah cerewet dalam bab memilih barang terutama beg dan kasut. Jadi, memang aku ambil masa jugak la nak pilih barang yang aku betul-betul berkenan di web Zalora ni. Naik juling mata aku menengoknya satu persatu. Tetapi akhirnya aku berjaya juga memilih barang yang aku suka dan bayar dengan menggunakan baucer yang diberikan. Baru je isnin lepas aku menebus baucer Zalora ni dan semalam telah pun selamat sampai ke tangan aku. Tak sangka pulak cepat. Aku ingatkan mereka tak proceed lagi pesanan aku ni sebab tak dapat pun no tracking parcel aku ni. Hahahaha.. Tapi takpe. Yang penting barang dah selamat sampai. 


Rambang Mata Pilih Barang Di ZALORA
Taraaaa. Jom tengok apa isi dalam ni


Tengok bungkusan ni. Betapa terujanya aku bila pihak Gdex call aku cakap nak hantar barang dari Zalora kat rumah aku. Memang dok tunggu la jugak pihak Gdex sampai rumah aku. Teruja oiii nak tengok beg baru. Tah camne la rupanya beg aku tu. Bila dah sampai dan barang tu ada di tangan aku, terus aku buka plastik bungkusan tu dan hasilnya ialah.... Lihat gambar di bawah. Hihihi..



Satu handbag dan dua helai tudung Aidijuma. Kali pertama ni beli tudung Aidijuma. Amacam? Cantik tak barang yang aku pilih? Tolong cakap cantik yer. Hehehe. Nak pilih tudung tu pun sehari suntuk dok ngadap laptop. Berkenankan shawl tapi tak lepas nak bayar dengan baucer. Jadi, ambik la 2 helai Aidijuma. Boleh la pakai raya nanti. Sakan la raya tahun ni tudung baru ada 3,4 helai tapi baju raya takde lagi ni. Ada tak yang nak sponsor baju raya kat aku? Sempat lagi ni kalau nak pos. Muahaha. 

Korang yang masih tak tahu nak shopping online kat mana tu, boleh laa masuk tengok di laman web Zalora. Aku pasti korang akan rambang mata dan tak tahu nak buat pilihan sebab barang-barang yang terdapat di Zalora memang cantik belaka. Aku sendiri pun berhari-hari masuk tengok web Zalora semata-mata nak pilih barang yang aku suka. Selagi tak jumpa yang berkenan di hati, selagi tu aku belek tengok dan cari sampai jumpa. Hahaha. Nasib baik shopping online. Kalau shopping kat mall, mau nya patah kaki aku dok menjelajah dalam mall tu. Hehehe.. Ok lahh. Babai.. 


4 comments:

  1. puas hati da mek dpt brg dia. hahaha

    ReplyDelete
  2. thn ni..xde dpt job dari Zalora. Thn lps je ada.. rezeki Zatie pulak kali ini. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Cantik handbag.
    AJ memang feveret aida, zati.
    Memang berkenan dgn pilihan zati tu.

    ReplyDelete
  4. Cantik handbag!! Serius, memang rambang mata tengok barang di Zalora. Rasa semua cantik! Hehe

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)