Resepi Daging Goreng Kicap

6:12:00 PM
Dah lama dok peram resepi ni dalam draft tapi tak sempat nak taip sampai habis. Hahaha. Jadi, hari ni aku nak kongsikan satu lagi resepi yang berjaya aku masak semasa bula Ramadhan hari tu. Korang boleh guna resepi ni untuk hidangan buka puasa nanti. Puasa enam bulan syawal kan. Ada yang dah mula puasa ke? Kalau belum jom mula puasa esok. Ambil keberkatan bulan syawal ni dengan melakukan ibadah puasa enam pulak. Ok lah. Berbalik kepada cerita asal. Kali ni aku nak kongsikan resepi tentang daging pulak. Sejujurnya, aku tak pandai masak lauk daging ni sebab macam susah gitu nak tunggu daging tu empuk di tambah pulak aku ni bila buat kerja nak cepat siap. Tak menyabar langsung. Hahaha. Masa bulan puasa hari tu teringin nak makan daging goreng kicap. Mak aku pun suruh aku masak sendiri. Aku pun cuba la. Nasib baik menjadi tau. Hehehe. Percubaan yang bagus jugak la dari aku yang memang tak pakar sangat bab memasak daging ni. Hihihi. Ok. Jom tengok resepi daging goreng kicap dari Izzati Suhaide.


Resepi Daging Goreng Kicap


Resepi Daging Goreng Kicap

Bahan-bahan:
Daging dihiris nipis (diperap dengan garam kunyit)
1/2 inci halia (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 biji lada hijau
Kicap
Sos tiram
Garam


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging yang diperap garam kunyit tadi. Goreng sehingga daging empuk. Kena selalu tambah air supaya daging mudah empuk.
2. Setelah daging empuk, masuk halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus tadi. Kacau hingga rata.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air jika inginkan kuah yang banyak. Kacau sehingga sebati dengan daging. 
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat  berserta lada hijau yang dihiris nipis. Gaul sekejap kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas. 


Takde lah susah mana pun nak masak daging ni. Kena sabar je sebab nak bagi daging tu betul-betul empuk agar tidak liat masa kita nak makan tu. Korang boleh la cuba resepi simple dari aku ni yer. Ok lah. Bai..









Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
aswaleyla
AUTHOR
July 14, 2016 at 3:52 PM delete

kak zatie sedap nyaaa.terliur

Reply
avatar
acu yuhan
AUTHOR
July 15, 2016 at 12:05 PM delete

hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

Reply
avatar
Emarieys
AUTHOR
July 15, 2016 at 4:14 PM delete

sedapnya daging goreng kicap....masak yg paling mudah.

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
July 28, 2016 at 1:33 AM delete

tgk ini di malam hari bikin i lapo hahaha

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon