Thursday, August 25, 2016

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang

Masih ingat lagi kisah sweet couple Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina? Yang mana Hafiz membawa Aina menaiki kereta Limousin (tah betul ke tak ejaannya) untuk menyambut hari lahirnya. Mewah kau. Siapa tak nak kan? Hafiz cakap dia buat camtu untuk membuktikan rasa kasih sayang terhadap kekasihnya itu yang mana Aina antara insan yang sentiasa bersama dia di saat susah dan senang. Lepas tu ramai lah si gadis-gadis dok tag pakwe masing kat video tersebut. Aku tak buat la camtu yer. Tak kuasa. Dari dok tag gitu baik bagitahu direct. Lagi senang oii. Hahaha. Ok. Persoalannya di sini, perlukah seorang lelaki bermewah-mewah semata-mata untuk menunjukkan atau membuktikan rasa sayangnya pada seorang perempuan? Apakah cara yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki untuk buktikan rasa sayang pada seorang perempuan? Hurmmm...

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang
*Gambar dari Google*

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang

1. Tunjukkan kesungguhan
Kesungguhan macam mana yang aku maksudkan? Kesungguhan untuk menjadikannya seorang isteri. Teman istimewa dalam hidup korang. Korang cakap nak dia jadi bini korang tapi kesungguhan untuk memiliki dia tu tak ada. Buat sikap acuh tak acuh gitu. Takkan laa orang perempuan  nak tanya pulak bila nak masuk meminang. Beb, malu beb. Kalau semua benda nak orang perempuan yang mulakan dulu, baik kau tak payah kawen laa. Membujang la sampai ke tua. Korang tu lelaki. Bersungguh la sikit untuk jadikan si dia halal di sisi mu.

2. Berusaha gembirakan dia
Ni lagi satu masalah. Kadang-kadang korang ni tak peka sangat bila masa orang perempuan ni tengah moody. Kalau dah sayang, nampak je awek tu dok bersedih cuba lah gembirakan dia. Belikan aiskrim ke, gula-gula ke dan apa-apa laa. Orang perempuan ni kalau dengan orang yang paling dia sayang, dia akan rasa lebih gembira. Segala kesedihan yang dia alami tu, boleh hilang camtu je. Tapi jangan lah pulak korang pegi tambah kesedihan dia pulak. Nanti habis semua benda sedih dia ingat. 


3. Hargai dia
Ini adalah point paling penting. Hargai lah orang perempuan yang sanggup bersusah payah dengan kau. Dia tak mintak pun segala kemewahan yang kau ada tetapi apa yang dia minta hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang. Penghargaan yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk material, cukuplah dengan cara kau menyayangi dan menghargai dia. Itu sudah cukup memadai bagi seorang perempuan.


Nampak je macam mudah kan. Tapi nak buatnya punyalah susah. Aku pun pelik laa. Susah sangat ke nak tunjukkan rasa sayang tu? Asyik nak kena beli hadiah yang mahal-mahal je baru boleh buktikan kasih sayang. Bagi orang yang mampu untuk berbelanja lebih, biar lah dia dengan caranya yang begitu. Apa yang aku tekankan ialah pada korang yang mungkin kurang berkemampuan. Dia dah pilih kau. Maknanya dia tidak kisah walau macam mana korang sekali pun, dia akan menerimanya asalkan dia juga mendapat pembalasan yang sama dari korang si lelaki ni. Aku harap korang paham lah yerr. Okbaii.. 


7 komen

orang ada duit tak kisahlah apa yang dia mampu tunjukkan kasih sayang dia kan... ikutlah kemamluan sendiri.

Suami akak kalau nk beri hadiah bukan lah dia namanya. TAPI apa sahaja yang isteri minta tolong , mesti dia segera tolong. Lelaki ada cara masing-masing nak tnjukkan sayang, bukan semua sama.

Pendapat Mrs. A, kalau dah lelaki tu kaya takde salahnya.
Tapi kalau nan hado!!! tak payahlah nak hipokrit.
Nanti lepas kahwin lebih banyak negatif dari positifnya.

abe kie nak jd suami n ayah terbaik kpd isteri n anak2.

Jika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.

http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

kite akn lebih menghrgai apbila die ilang dri mata...

:(

nk tunjukkan rasa sayang kat awek,
awek xde..
huhuhuuu..

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon