Friday, August 12, 2016

Gathering Raya KBBA9 2016

Syawal sudah pun berlalu meninggalkan kita. Tetapi walaupun syawal sudah pun berlalu pergi, entri kali ni aku nak cerita pasal raya jugak lah. Takpe lah walaupun raya dah habis. Hahaha. Pada 29 Julai yang lalu, sekali lagi aku berkesempatan untuk turut serta mengikuti program di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari atau KBBA9. Nak tahu program apa? Dah nama pun aku nak cerita pasal raya. Mesti la program raya kan. Program kali ni adalah Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari 2016 yang telah di adakan di Ummiza Cafe Jenderam Hulu Sepang. Lebih kurang 50 blogger yang menyertai gathering raya tahun ni. Memang meriah sangat oiii. Aku pun semangat laa kan dari Kelantan naik ke KL semata-mata nak join gathering KBBA9 tahun ni. Hehehe. Gathering dah 2 minggu berlalu, tapi hari ni baru rasa nak update. Idea baru datang. Hahaha..


Mesti ramai yang pelikkan apa yang menyebabkan aku teringin sangat nak join gathering ni? Meh la aku bagitahu serba sedikit. Gathering ni dah rancang lama jugak kot. Seingat aku sebelum puasa kot. Walaupun aku tinggal kat Kelantan tapi aku sangat berharap dapat join program yang dianjurkan KBBA9. Yelah, bila ada program macam ni je laa aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger dari KBBA9. Sebelum ni masing-masing hanya dok borak melalui alam maya je. 

Jumpa pun jarang-jarang je tambahan pulak aku ni dok jauh di timur sana. Hehehe. Bila abang Ben bagitahu iaitu founder KBBA9 bahawa akan diadakan gathering raya, aku ni tak putus-putus doa supaya aku dapat join jugak gathering ni dan dilembutkan hati ayah aku untuk mengizinkan aku pergi. Hehe. Risau jugak la takut ayah tak bagi green light. 

Alhamdulillah, bila aku cakap kat mak yang aku nak join gathering ni dia ok je. Mak aku la yang cakap kat ayah sebenarnya. Ayah aku pun takde la soal banyak sangat. Bila dia tak tanya aku tu, maknanya lulus laa untuk aku pergi KL. Hahahaha. Mudah je kan. Agaknya kalau dia tak bagi pergi, maunya aku mogok untuk beberapa hari. Ehh. Hahaha. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan aku. 




Sebahagian dari family KBBA9 yang turut hadir memeriahkan gathering raya tahun ni. Sangat lah meriah apabila geng-geng blogger ni bertemu. Maklum lah sebelum ni kami semua hanya berborak dalam group whatsapp. Jarang-jarang sekali dapat jumpa. Bila ada peluang untuk jumpa macam ni, memang meriah sangat la. Aku pun rasa happy sangat dapat join program KBBA9 kali ni.






Korang nampak tak yang bertingkat-tingkat macam kek tu? Mesti korang fikir tu kek tingkat kan? Betul tak? Itu bukan lah kek tapi itu adalah burger. Tak percaya? Tolonglah percaya yer. Itu ialah burger. Aku pun pada mulanya ingatkan kek jugak tetapi rupanya itu adalah burger. Cantik kan?  Nak makan pun macam sayang. Hehehe. Mungkin sebab ada rasa sayang nak makan laa aku memang tak sempat nak rasa burger tu. Bila tengok je tinggal bekas kosong dah. Hahaha. Sabar je la. Hehe. 


Apapun aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan gathering KBBA9 kali ni. Tanpa korang semua, sukar rasanya untuk menjayakan gathering kali ni. Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Aku juga nak ucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada founder KBBA9 iaitu abang Ben Ashaari yang bersusah payah menjemput beberapa geng blogger termasuk lah aku yang turun di Putrajaya untuk menginap di Hotel Aeton Nilai. Jasa abang ben tak dapat dilupakan. Tak lupa juga pada rakan-rakan blogger yang lain. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Hehehe.. Korang kalau nak tengok gambar sepanjang gathering raya KBBA9, boleh laa belek-belek kat IG aku atau IG rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari. Ok lah. Babai..





3 komen

wahhh syioknyaa dapat gathering ramairamai gitu. merapatkan ukhuwah dan at the same time, meluaskan network. hehehhee

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon