Monday, August 29, 2016

Lipas Sudah Mengganggu Masa Tidur Aku

Sebelum aku taip panjang lebar, aku harap korang jangan gelakkan aku. Tapi aku tahu korang mesti akan gelakkan aku punya lepas baca tajuk entri aku ni. Gila kan. Haaa, memang gila pun. Lipas punya pasal, aku tak boleh nak tidur. Aduhai. Ok. Sila gelak lagi. Aku tak marah pun. Huhhh. Aku memang takut kan lipas. Dari kecik lagi kot. Sekarang umur dah masuk 25 pun aku masih takut akan lipas. Lipas adalah sejenis binatang kecil yang paling aku takut selepas pacat. Hahahaha. Ok. Aku pulak yang gelak. Ohoiii. Gila weiii tak takut. Geli tuuuu. Dan aku pasti korang pun takut lipas jugak kan. Hihihi..


Lipas Sudah Mengganggu Masa Tidur Aku

*Gambar dari Mr. Google*

Sabtu malam hari tu aku tidur di rumah nenek aku sebab giliran aku untuk teman dia. Nak dijadikan cerita, entah dari mananya datang pulak lipas. Siap terbang lagi haaa. Mau nya dengan aku sekali rasa nak terbang jugak. Mak ayah aku biasa laa.. Tolong gelak tengok aku yang dah tak tentu arah sebab takutkan lipas punya pasal. Sabar je laaa. Kucing yang ada kat rumah nenek aku tu macam nak tak nak je main lipas tu. Lagi stress aku dibuatnya. Hahaha.. Kalau kucing aku memang dah ngap lipas tu. Lepas tu mak aku pun ambik penyapu dan buang lipas tu keluar rumah.

Aku ingatkan aku dah boleh rasa aman sebab lipas dah takde tetapi rupanya ada lagi. Entah dari mana la pulak dia muncul. Aku pun cuba la berani kan diri untuk buang lipas tu dengan penyapu. Hahaha.. Hurmm. Mungkin orang lain akan ajar aku supaya pijak lipas tu. Ohoiii. Memang tak laa aku nak pijak. Geli wehhh. Grrr.

Aku masih ingat masa aku tidur di rumah arwah mak sedara aku. Malam aku tidur di rumah dia tu lipas banyak gila. Dah la dok terbang merata-rata. Lampu pulak tutup. Maunya tak lena tidur aku sebab takutkan lipas punya pasal. Siap nangis weiii. Hahahaha. Aduyaiii. Tetapi lepas tu aku pun bangun dan bukak lampu. Sikit demi sikit lipas tu pun hilang. Lipas tu kan macam tahu-tahu je yang aku ni memang takut kat dia,, Hahaha. Perkara ni dah lama. Masa tu aku masih di zaman sekolah. Hihihi..

Hanya orang yang fobia dengan lipas je boleh paham macam mana perasaan aku. Haihh. Memang aku takut sangat laaa dengan lipas tu. Aku nampak je lipas, aku yang lari dulu. Kalau kucing aku main lipas pun, aku tak bagi kucing aku masuk dalam bilik. Aku halau lagi kucing suruh main jauh-jauh. Tapi kucing aku pulak suka sangat bawak balik binatang lepas tu nak main dalam bilik aku. Haihh.. Sabar je laaa. Hahahaha.. Ok lah korang. Babai..




6 komen

hahaha.. lipas terbang paling tak suka...

hahahaha..sama la...
xde sapa yg suka lipas dik non...
klu kak nieyl pun x leh nak tdo..

Org ckp lipas yg pandai terbang tu lipas jantan... Patutlah dia kacau awk.. Hihi

Ahhh benci lipas! Tambah lagi kalau lipas terbang

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon