Monday, August 1, 2016

Mencari Semangat Yang Hilang

Dah banyak hari aku tak update blog. Bila ada idea nak buat entri je, mesti ada orang kacau. Lepas tu bila aku cuba nak taip balik kat blog, idea tu dah lari. Sedih. Hahaha. Padahal malas kan. Tak nak mengaku. Hihihi. Sebenarnya baru-baru ni aku sedikit kecewa laa sebab trafik blog menurun lepas aku tukar domain. Lepas tu setiap entri terbaru aku lambat update di dashboard blogger. Lagi stress aku di buatnya. Terus takde mood nak buat entri baru. Walaupun begitu, aku cuba laa caj diri aku ni balik untuk mengumpul balik semangat berblogging ni. Cuba cari idea-idea yang baru untuk kembangkan lagi blog aku yang tak seberapa hebatnya ini. Yang penting semangat tu kena tinggi. Gituuu..

Mencari Semangat Yang Hilang


Bukan senang nak mengumpul semangat ni kalau takde kesabaran yang tinggi. Aku pun bukan lah seorang yang sabar sangat tapi cuba lah belajar menjadi seorang gadis yang sabar dalam menghadapi pelbagai ujian hidup. Haaa gituuu. Setiap yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya. Mungkin Allah itu ingin menguji sejauh kesabaran yang ada dalam diri kita.Mungkin sekarang kita merasakan kita adalah insan yang paling gagal dalam hidup tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. 

Sesuai dengan semangat yang baru ada ni, blog aku pun berubah wajah lagi. Kali ni nampak lebih matang gitu. Sebelum ni aku rasa design blog aku ni lebih pada kebudakan kot. Tapi tak kisah lah, yang penting blog aku sentiasa kemas.. Cewahh. Puji blog diri sendiri nampaknya. Hahahaha. 


Walaupun entri terbaru lambat muncul di dashboard blogger, trafik blog aku sudah pun kembali seperti sediakala. Syukur sangat. Gembira tak terkata la jugak. Mungkin ini lah yang dikatakan berkat kesabaran dalam menghadapi sesuatu ujian. Hehehe.. Haaa, korang yang ada bisnes tu teringin nak letak banner iklan kat blog aku boleh emel aku yer. Jangan malu jangan segan. Harga semua tu kita boleh bincang yer. Ok lahh. Nantikan entri aku yang lain pulak. Harapnya ada lah mood kerajinan tu adalah yer. Hehehe.. Okbai.



4 komen

Zatie..jgn ilang semangat ye. UV PV pun bagi akk no.2 . Siapa yang rajin usaha...dia akan berjaya. Insyaallah.. Chaiyoook !

aloolololooo jangan gitu Insya Allah sikit masa lagi mencanak naik la tu hehhehe

Template yang simple dan nampak profesional.
Semoga dah jumpa semangat tu ya...

comel je header kak jatiii. simple&comel. chaiyokchaiyok kak jati! :D

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon