Wednesday, August 31, 2016

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt

Sekarang ni orang tengah dok menggila main game Pokemon Go. Boleh dikatakan di mana-mana sahaja orang dok cari Pokemon. Nasib baik henpon aku tak support game Pokemon Go tu. Kalau tak dengan aku sekali dok cari Pokemon. Hahahaha. Bagi korang yang terlalu meminati game Pokemon Go, pastinya ingin memiliki sesuatu barangan Pokemon Go kan? Mungkin korang tak tahu kan macam mana la nak dapatkan barangan Pokemon Go ni. Kalau korang teringin memiliki koleksi Pokemon Go, korang leh dapatkan melalui In The Shirt (ITS). Baru-baru ni aku saja la godek-godek koleksi Pokemon Go di Instagram, lepas tu aku terjumpa laa Instagram In The Shirt ni. Mereka menjual koleksi Pokemon Go  seperti sticker, buku dan juga t-shirt. T-shirt tu pulak korang boleh pilih berdasarkan team Pokemon Go korang sendiri yer.

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Tentang In The Shirt (ITS)


In The Shirt (ITS) menyediakan khidmat mencetak baju hasil rekaan kreativiti pengasas ITS sendiri. Setiap rekaan yang direka adalah merupakan hasil lukisan pemilik ITS sendiri. Koleksi tshirt yang dikeluarkan oleh ITS mempunyai kualiti kain yang tinggi. Pelbagai jenis koleksi sudah pun mereka pasarkan seperti tshirt panda, mini dress serta yang terbaru koleksi Pokemon Go. Terbaru, mereka telah mengeluarkan produk Pokemon Go seperti sticker, buku serta t-shirt berkolar bagi korang yang meminati game Pokemon Go.

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Barangan yang dikeluarakan oleh ITS sememangnya berkualiti. Aku sangat sukakan tshirt Pokemon Go dari ITS ni. Kain dia ala-ala jersi gitu. Rasa sejuk bila memakainya. Tambahan pula, kita boleh pilih tshirt Pokemon Go berdasarkan team Pokemon Go kita tau. Haaa, korang mesti nak tahu aku beli tshirt team warna apa kan? Jeng jeng jeng. Hehehe..


Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Taraaaa. Aku memilih team warna merah iaitu team Valor. Korang sama tak dengan team aku? Angkat tangan sikit aku nak tengok. Hihihi. Selain itu juga, ada sticker pokemon serta buku nota. Semakin bertambah laa koleksi buku nota aku. Hihi. Sticker pokemon tu boleh laa aku lekatkan di almari aku nanti. Comelkan sticker tu? Aku memang suka la kumpul-kumpul sticker ni.


Sertai Contest ITS Pokemon



Aku ada berita gembira buat korang. Korang juga berpeluang untuk memiliki produk Pokemon Go ni dengan menyertai contest yang dianjurkan oleh ITS. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah seperti sticker Pokemon, buku nota serta t-shirt Pokemon Go. Cara untuk menyertai contest oleh ITS ialah:

  • Follow instagram @itsintheshirt dan like facebook page In The Shirt
  • ITS akan memuat naik sekeping gambar Pokemon dan akan menyatakan berapa bilangan CP di dalam posting berkenaan (contoh: Pikachu CP 200)
  • Sepanjang tempoh selepas posting berkenaan (akan ditentukan dalam posting), anda boleh menyertai contest tersebut dengan memuat naik gambar Pokemon tertentu (contoh: Pikachu) dengan menunjukkan CP yang hampir sama dengan pihak ITS dan tag @itsintheshirt  serta hashtag #ITSxPokemon di dalam posting anda
  • Seorang yang mempunyai bilang CP dari Pokemon tersebut akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang di tawarkan. Sekiranya terdapat lebih dari seorang yang mempunyai bilangan CP terdekat, orang yang membuat post terawal akan dikira sebagai pemenang.
  • Contest ini akan dijalankan dari semasa ke semasa. Jadi, pentingnya untuk anda mengikuti instagram dan facebook ITS.



Promo Mystery Egg 


Selain itu, ada berita gembira buat korang jugak tau. Pihak ITS telah mengadakan promo Mystery Egg. Apakah itu? Terdapat berupa RM50 dan RM100 Mystery Egg. Anda hanya perlu memaklumkan pada pihak ITS saiz baju anda dan pihak ITS akan menghantar produk In The Shirt yang masing-masing bernilai RM60 dan RM120.


Harga Produk In The Shirt


Mesti korang tertanya-tanya kan, berapakah harga setiap barangan Pokemon ni? Haaa, meh aku bagitahu korang yer.

  • 1 set sticker Pokemon - RM12
  • 1 buku nota - RM18
  • 1 set sticker dan 2 buku nota - RM45
  • T-shirt - RM99

Pihak In The Shirt juga telah bermurah hati untuk memberikan tawaran untuk korang pembaca blog aku ni haa. Korang akan dapat diskaun sebanyak 10% apabila korang menggunakan kod diskaun ITSIZZATI10 semasa membuat pembayaran. Jadi, korang yang ingin mendapatkan dari ITS kena lah gunakan kod diskaun yang aku nyatakan tadi. 


Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk keluaran In The Shirt, korang boleh mengikuti laman sosial berikut:

Instagram@itsintheshirt
Facebook PageIn The Shirt








Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon