Wednesday, August 3, 2016

Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr

Buat julung kalinya Raja Kuah Knorr (RKK) diperkenalkan bagi menghargai masakan melayu berkuah yang sememangnya digemari oleh rakyat Malaysia. Pada 29 Julai 2016 yang lepas, telah berlangsungnya pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr yang bertempat di Pasaraya Nirwana Maju Kubang Kerian dan pemenang yang memenangi tempat pertama telah berjaya mencuri hati juri dengan resipi khas yang disediakannya. 


Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr kawasan selatan menyediakan resipi khas untuk mengatasi persaingan hebat


Hadiah berjumlah RM144,000 menanti peserta di4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaranterakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016

KOTA BHARU:
Pemenang kawasan pantai timur Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) berjaya mengatasi persaingan hebat dalam acara ketiga RKK dengan menyediakan resipi khas untuk menangi tempat pertama bernilai RM6,500 di Nirwana Maju, Kubang Kerian baru-baru ini.  Juaranya Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad, 27, dari Sungai Petani, Kedah menampilkan resipi “Masak Lemak Ayam Salai bersama Pucuk Ubi ala Knorr”.

Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr
(Kedua dari kiri) Juara Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad bersama dengan Pengurus Pasaraya Nirwana Maju Ooi Eng Hwa (kiri) dan (dari kanan) Pengurus Rangkaian Unilever Food Solutions Nadia Mohd Irwan dan Pengurus Perdagangan Moden Jack Tan.


Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) dijangka dapat memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia, khususnya bagi penggemar hidangan nasi berlauk.

Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya makanan kari, kicap dan lemak.

Kini satu trend sudah muncul dengan penggunaan stok ayam untuk memberi citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan ke atas segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr.

Untuk 2016, Cabaran RKK bergiat mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah:
Kari
Masak kicap
Masak lemak.

Para juri yang mengadil termasuk Chef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan bloger Kelantan, Ruzita Idias Ismail (‘Ita’) menghadapi cabaran sengit menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Pantai Timur mengikut kriteria seperti kebersihan, hiasan dan citarasa.

Setiap daripada jumlah empat peringkat kawasan RKK mempunyai 10 peserta bermula dengan Shah Alam (Sentral) pada 17 April, di Johor Bahru (Selatan) pada 15 Mei, Kota Bahru (Pantai Timur) pada 29 Julai, Alor Setar (Utara) pada 3 Sep dengan tiga hadiah utama diberikan bersama-sama dengan hadiah saguhati kepada semua peserta lain.

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 November di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 bersama dengan pakej umrah eksklusif.

Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran RKK.

6 komen

wahh bestnya. Tahniah buat semua pemenang. Saya suka guna kiub pati knorr dalam masakan..sedap.

hehe lelaki jgk pemenangnya.. tahniah!

orang lelaki sekarang lagi pakar memasak kan

kak ana ingatkan zatie yang menang tadi hihi :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon