Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Monday, August 15, 2016

Perfume Sweetheart Oleh DD Cosmetics Menjadi Pilihan

Aku sangat lah cerewet apabila membeli barang terutama nak beli kasut, beg atau perfume. Perghhh. Memang ambik masa la weiii nak beli semua benda tu. Lagi cerewet bab nak memilih perfume. Sangat lah memilih. Bukan mudah nak pilih minyak wangi yang sesuai dengan citarasa aku ni. Hahaha. Tetapi kan, kalau korang nak tahu aku dah mula jatuh hati dengan satu jenama minyak wangi wanita ni. Minyak wangi ni aku dapatkan secara online hokeyy. Bukan mudah untuk aku mempercayai minyak wangi online ni sebab aku tak boleh nak cium bau dia.  Tapi bila aku dah dapat wangi ni, bau dia memang wangi sangat. Minyak wangi wanita yang aku maksudkan ialah Sweetheart. Haruman minyak wangi Sweetheart ni memang mekar mewangi di sanubari gituu.

Perfume Sweetheart Oleh DD Cosmetics Menjadi Pilihan

Sweetheart Oleh DD Cosmestics


Minyak wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics ini merupakan minyak wangi yang direka khusus untuk kaum wanita yang sentiasa ingin tampil dengan haruman yang mengasyikkan, keindahan serta keseronokan. Haruman ini mengandungi pati minyak wangi yang diimport dari Paris yang pasti dapat membangkitkan semangat si pemakai dengan haruman yang terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin. Botol minyak wangi comel sangat korang. Warna pink lagi. Memang sesuai la dengan jiwa wanita yang gemarkan warna pink macam aku ni. Hehehe..


Kelebihan Perfume Sweetheart Oleh DD Cosmestics


1) Tahan lama
Sejujurnya aku dah lama tak beli perfume sebabnya aku tak tahu nak beli perfume yang macam mana. Susah nak cari perfume yang kena dengan citarasa aku ni. Cerewet gila kan. Tetapi apabila aku diperkenalkan dengan perfume Sweetheart ni, aku terus jatuh cinta dengan harumannya yang manis tu. Kalau korang nak tahu, haruman wangian Sweetheart mampu tahan lama antara 8 hingga 12 jam. Aku dah cuba pakai tau. Memang melekat lagi wangian tu di tudung aku. Tak payah aku sembur banyak kali. Sekali sembur je orang dah boleh hidu tu bau aku. Hehehe. 

2) Mesra solat
Mesti korang nak tahu kan, adakah minyak wangi Sweetheart ni mesra solat? Jawapannya adalah yes. Minyak wangi Sweetheart ni memang mesra solat. Selepas ambil wudhuk pun harumannya masih kekal di tangan aku. Yang penting kandungannya suci dari bahan terlarang. 

Perfume Sweetheart Oleh DD Cosmetics Menjadi Pilihan


3) Mudah dibawa
Botol minyak wangi Sweetheart ni kecil je. Jadi, sangat lah mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Boleh masuk dalam beg haaa. Tak makan ruang sangat pun bila aku letak botol minyak wangi ni dalam handbag aku. 

4) Membangkitkan semangat
Sebelum ni aku takde minyak wangi. Kadang-kadang tu macam kurang keyakinan jugak lah nak berhadapan dengan orang. Tapi bila aku sembur je minyak wangi Sweetheart ni memang buat aku rasa lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lagi-lagi bila jumpa kawan-kawan lama. Mesti lah akan ada babak peluk cium tu semua kan. Ehh. Hahaha. Jadi, takde la aku rasa segan nak suruh mereka peluk aku sebab aku dah sembur minyak wangi paling ni. Hehehe..


Perfume Sweetheart Oleh DD Cosmetics Menjadi Pilihan



5) Harga murah
Minyak wangi Sweetheart ni setanding jenama antarabangsa kerana ia mengandungi pati minyak wangi yang diimport dari Paris. Tak perlu nak berbelanja mahal untuk mendapatkan sebotol minyak wangi kerana harga minyak wangi Sweetheart memang murah. Korang pun boleh jimat berbelanja untuk mendapatkan  minyak wangi yang paling wangi ni. Harga sebotol minyak wangi ni hanyalah RM49.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM59.90 untuk Sabah Sarawak yang mana ianya mengandungi 30ml untuk setiap botol.



Korang pun teringin untuk mendapatkan minyak wangi paling wangi ni? Jangan risau.  Korang boleh dapatkan minyak wangi Sweetheart ni secara online melalui stokis yang disahkan oleh DD Cosmetics. Anda boleh hubungi:

Website: www.kerinchi.com
WhatsApp: 018-233 1211


Malahan, kalau korang nak jadi pengedar minyak wangi Sweetheart ni sangat lah di alu-alukan. Boleh la jugak korang mencari pendapatan sampingan kan. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi:

Instagram : @DDCosmeticsOfficial
WhatsApp: 019-2018014 





Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




5 comments:

  1. Ada bau ros n vanila eh.. sedap tu bau nya..akk suka gak

    ReplyDelete
  2. Mesti best bau dia kan? =)

    done follow =)

    ReplyDelete
  3. akk suka perfume. memang gile perfume. Hehehehe

    ReplyDelete
  4. salam... terima kasih sudi menghantar entri review minyak wangi..

    keputusan diumumkan pada 22 Ogos 2016. good luck ya..

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  5. tahniah...

    http://www.mialiana.com/2016/08/pengumuman-pemenang-giveaway-minyak.html

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)