Pertama Kali Makan Di Boat Noodle

8:31:00 PM
Aku dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Aku memang suka makan tapi aku tak suka sayur sebab aku bukan lah seorang vegeterian. Hahaha. Jangan kecam aku sebab tak suka makan sayur. Hehehe.. Memandangkan aku masih lagi berada di KL, kawan aku ajak keluar pergi jalan-jalan di IOI Mall Putrajaya sambil beli hadiah untuk orang kahwin. Aku pun ikut je la sebab macam dah lama jugak tak meronda dalam IOI Mall tu. Maklum lah jarang-jarang sekali jejakkan kaki kat KL ni. Sekali-sekala apa salahnya. Hikhikhik. Apa yang aku teringin sekali nak cuba ialah makan di Boat Noodle sebab aku tengok orang lain pergi makan kat situ sampai bermangkuk-mangkuk haaa. Jadi, aku pun nak cuba jugak laa. Sedap ke tidak makanan kat Boat Noodle tu. Korang rasa aku boleh telan ke tak? Aku ni kadang-kadang cerewet jugak bab makanan ni. Hahaha.


Taraaa. Dua mangkuk je aku order sebab masa sampai kat Boat Noodle tu perut macam kenyang lagi sebab aku dah makan nasi sebelum pergi ke Boat Noodle tu. Saja la order 2 mangkuk dulu sebab takut makanan kat situ tidak kena dengan tekak aku. Tetapi rupanya memang sedap weiii. Aku order rice noodle yang tak pedas tu. Alahhh. Lupa pulak nama dia. Nama siam kan. Senang sikit nak lupa sebab susah nauu nak menyebutnya. Hahahaha. Bila dah rasa noodle ni memang sedap, aku pun tambah lagi laaa tapi aku tambah semangkuk je laa. Hikhikhik. Bukan apa takut kalau terlebih kenyang nanti, jadi malas nak jalan. Hahaha.





Untuk mangkuk yang ketiga tu aku order rice noodle jugak tapi yang perisa pedas tu. Takde la pedas sangat pun sebab aku tak tambah serbuk cili tu. Aku tak suka serbuk cili tu. Kalau tambah serbuk cili tu, memang berasap la telinga aku jawabnya. Hahaha. 3 mangkuk je hakakk mampu makan dik. Abaikan daun-daun di dalam mangkuk tu. Maklumlah, aku tak makan daun-daun ni. Hihihi. Kalau masa tu perut aku tengah kosong, maunya bermangkuk-mangkuk aku order noodle ni. Sedap oii. Tea ais tu pun sedap. Kaw gituuu. Mula-mula rasa macam pahit sikit tapi bila aku kacau yang bahagian bawah tu baru boleh rasa kemanisan tea ais ni. Perghhh. Rasa nak pegi makan lagi. Haihh. Kempunan Boat Noodle la aku jawab nya lepas ni. Hahaha. 



Pertama Kali Makan Di Boat Noodle

Jumlah mangkuk yang terkumpul untuk 3 orang makan. Sikit je kan. Aku makan 3 mangkuk. Ina makan 2 mangkuk dan Sheira makan 4 mangkuk. Hahahaha. Bertabah lah. Memang masa ni kami tak lapar sangat cuma keinginan nak makan di Boat Noodle tu tinggi. Jadi, turutkanlah permintaan perut ini untuk di isi dengan makanan di Boat Noodle. Hehehe..

Bila balik Kelantan susah dah nak food hunting bagai. Food hunting kat rumah je. Aku yang masak.. Hahaha. Takpe lah kan. Jimat sikit duit aku. Duit pun bukannya banyak sangat. Hehehe. Aku makan di Boat Noodle ni pun bajet aku RM10. Tu pun nasib baik sebab kongsi air dengan Ina. Hehehe. Ok lah korang. Aku tak nak bebel panjang dah. Babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

10 komen

Write komen
Ummul Azkee
AUTHOR
August 9, 2016 at 8:50 PM delete

Tu dia. Daun2 dipanggil nya..haha

Reply
avatar
Kak Sue
AUTHOR
August 9, 2016 at 9:27 PM delete

Bila lah nak pergi makan lagi nie..Kak Sue makan bermangkuk-mangkuk Zatie..hihihi..

Reply
avatar
amira faqihah
AUTHOR
August 10, 2016 at 12:42 AM delete

kuah yg ni sedap,ada satu lagi kuah tak berapa nak sukaa,,

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
August 10, 2016 at 8:12 AM delete

teringin tapi tak sempat lagi nak pi.. sob sob

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
August 10, 2016 at 8:35 AM delete

Aaaa dapnyaaa. Nanti try makan nasi dia pun sedap jugak. Ehehe :)

Reply
avatar
Mommy Cici
AUTHOR
August 10, 2016 at 9:27 AM delete

pernah pegi sekali je tu pun makan sesuap. tak kena dengan tekak. orang lain boleh makan 10+ mangkuk. hahha. tapi teringin sangat nak rasa teh ais dia yg digembar gemburkan sedap tu. hahaha sebab time pegi tu tengah pantang ais lagi so minum mineral je lah

Reply
avatar
August 10, 2016 at 10:15 AM delete

yui xonh rasa lg sbb bila nak p ja asyik penuh..huhuh.
tp kat ipoh =)

Reply
avatar
August 10, 2016 at 1:56 PM delete

Sedap makan tu tapi tak puas lah dia punya makanan sikit jer... tak kenyang... hehehe..

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
August 12, 2016 at 4:33 PM delete

suka juga boat noodle ni. lagi2 air green tea tu...pergghhhhh

Reply
avatar
August 16, 2016 at 1:24 AM delete

"aku dan makanan tidak dapat dipisahkan"
ye sama dengan kc! hahahaha. tapi...kc dan mee boat noodle tu boleh dipisahkan haha. sebab tak kena dengan tekak. tapi kc suka air dia. superb! hehhee

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon