Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

5:46:00 PM
Perempuan bila bulan tengah mengambang, boleh nampak keserabutan yang melanda. Lebih-lebih lagi aku la. Hahaha. Ada je benda yang tak kena. Asyik nak marah orang je. Nasib laa siapa yang selalu kena tu. Hihihi.. Perempuan ni masa tengah datang bulan sangat lah tidak selesa. Nak duduk tak selesa. Nak baring pun tak selesa. Tambah lagi kalau yang jenis senggugut je memanjang. Nak buat kerja pun susah.  Pemilihan dalam memakai tuala wanita pun penting juga untuk memberi keselesaan pada kita ketika datang bulan. Aku nak tanya korang. Korang pernah dengar tak tuala wanita yang berjenama Amez Care? Aku pun baru pertama kali dengar pasal jenama tuala wanita ni. Buat pengetahuan korang, tuala wanita Amez Care bukan lah tuala wanita biasa kerana ia adalah sejenis tuala wanita herba. Haaa. Mesti korang nak tahu kan? Baca sampai habis yerr. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan



Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad

Tuala wanita Amez Care Herbal merupakan tuala wanita yang berkualiti tinggi direka untuk memberi keselesaan direka untuk memberikan tahap keselesaan dan kesihatan yang tinggi pada wanita ketika haid. Tuala wanita mengandungi kandungan herba seperti aloe verra, pappermint, tea plant, chamomile dan lavender yang berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak selesa ketika haid. 

Semasa buka bungkusan tuala wanita Amez Care ni, memang dah boleh bau herba yang wangi dan berangin sikit. Masa pakai tu lagi la selesa sebab bau-bau yang kurang menyenangkan tu hilang. Ada 3 jenis tuala wanita Amez Care ni iaitu  Amez Care Day, Amez Care Overnight, dan Amez Care Pantyliner



Amez Care Day


Amez Care Day ni sangat sesuai di gunakan pada waktu siang hari atau pada pengaliran yang normal. Mempunyai ukuran sepanjang 240mm, ianya sangat membantu untuk meresap dan tidak mudah bocor. Jangan risau. Tuala wanita ni ada sayap. Jadi, ianya sangat selesa untuk digunakan bagi korang yang sering melakukan aktiviti dan risau akan kebocoran.


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

Amez Care Overnight


Selalunya masa nak tidur mesti kita akan alas kain lain pada cadar untuk mengelakkan kebocoran. Tetapi, dengan Amez Care Overnight ni korang tak perlu risau tentang kebocoran ketika waktu tidur kerana tuala wanita overnight ni memang panjang dengan ukuran sepanjang 290mm. Amez Care Overnight juga mempunyai sayap. Jadi, nak tidur tak perlu lah nak lapik kain yang banyak lagi. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Amez Care Pantyliner


Pantyliner sangat sesuai digunakan pada penghujung haid ataupun mereka yang sering mengalami keputihan. Dengan menggunakan pantyliner dari Amez Care ni dapat membantu mengurangkan keputihan yang melanda diri korang tu. Korang pun akan rasa lebih segar dan bersih sepanjang hari. Bau-bau yang kurang enak dapat dielakkan dengan memakai Amez Care Pantyliner ni. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Kelebihan Amez Care Bio Herbal


  • Mengelakkan pertumbuhan bakteria 
  • Cepat menyerap
  • Mempunyai pelekat yang kuat
  • Mengelakkan keputihan
  • menghilangkan senggugut
  • Tahan dari kebocoran

Kalau korang nak tahu, aku memang suka produk Amez Care ni sebabnya ialah pelekat dia memang kuat. Tak mudah tertanggal. Aku paling suka pantyliner. Stok Pantyliner memang sentiasa ada dengan aku. Keputihan pun kurang bila aku pakai pantyliner ni. Aku pun rasa selesa. Memang best. 

Bagi korang yang ingin mengetahui secara lebih lanjut lagi mengenai tuala wanita Amez Care ataupun teringin mencuba produk dari Amez Care ni, korang boleh dapatkannya secara online melalui beberapa cara berikut:


Websitewww.AmezCare.com
Facebook: Amez Care
Instagram@amezcare


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon