8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

12:54:00 AM
Hai korang. Aku nak cerita dekat korang ni tentang satu smartphone terbaru keluaran Huawei iaitu Honor 8. Tak pernah dengar jenama Huawei? Alahaiii. Jenama ni semakin terkenal hokeyyyy. Kalau korang ingat laa kan lagu yang Bunkface nyanyi masa keluar iklan di TV tu yang berbunyi, "Huawei Best Wei" . Tu je lah yang aku ingat. Hahahaha. Kalau korang nak tahu, aku memang sedang tergila-gilakan jenama Huawei sekarang ni. Sampai termimpi-mimpi dok pegang henpon tu. Hehehe. Apa istimewanya Honor 8 ni sebenarnya sampaikan aku teringin sangat nak memilikinya? Semuanya selepas aku dok godek-godek di web Lazada tentang smartphone ni. Korang boleh tengok SINI. Ok lah. Meh aku bagitahu korang 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8. Mana lah tahu kan, nanti korang pulak yang jatuh cinta dengan Honor 8 ni.



8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


1) Reka Bentuk Yang Lebih Cantik

Apa yang menariknya Honor 8 ni, reka bentuk dia sangat lah cantik. Reka bentuknya yang nipis dan di lengkapi dengan lapisan kaca tu menarik perhatian aku. Lagipun sekarang ni memang aku suka smartphone yang jenis nipis sebab dia ringan. Nak bawak pun takde lah susah sangat. Sumbat je dalam beg. Kalau korang nak tahu jugak, Honor 8 ini juga mempunyai 15 lapisan Craftmanship yang menampakkan lagi kecanggihan smartphone ni. Menarikkan? 



2) Mempunyai 2 Kamera Dibahagian Belakang

Fuyoooo. Honor 8 ni ada 2 kamera di bahagian belakang. Pertama kali aku dengar tentang smartphone yang ada dua kamera di bahagian belakang. Kedua-dua kamera bahagian belakang ni mempunyai lens bersaiz 12MP yang boleh membantu kita untuk memfokuskan sesuatu objek dengan lebih jelas dan terang. Memang puas hati laa kalau guna kamera Honor 8 ni. 



3) Kamera Depan Yang Cantik Untuk Selfie

Sape kaki selfie angkat tangan plisss. Aku angkat tangan. Kamera depan Honor 8 ni mempunyai lens bersaiz 8MP tau. Memang cantik laa oiii kalau nak selfie nya. Fungsi beautify yang ada pada kamera depan Honor 8 ni pastinya akan lebih mencantikkan lagi gambar apabila berselfie nanti.. Memang penuh la memori telefon dengan gambar selfie. Hehehe..




4) Pengimbas Cap Jari 3D

Honor 8 ini mempunyai kecanggihan dengan fungsi pengimbas cap jari 3D untuk memastikan telefon kita selamat dari diceroboh oleh orang lain. Pengimbas cap jari ini berfungsi sebagai untuk membuka kunci telefon. Pengimbas cap jari tu hanya tuan punya telefon je tau boleh sentuh. Orang lain nak sentuh untuk buka kunci telefon tu memang tak berjaya laa sebab ia sudah dilengkapi dengan sistem algorithm 3D yang mengumpul maklumat cap jari kita. 



5) Mempunyai Paparan Skrin Resolusi Tinggi

Satu lagi kelebihan Honor 8 yang menarik perhatian aku adalah mempunyai paparan skrin yang besar. Dilengkapi dengan paparan skrin resolusi tinggi yang bersaiz 5.2-Inch membolehkan kita berasa lebih selesa untuk menonton video atau bermain game. Kalau paparan yang kecik ni, sakit mata nak menengoknya lagi-lagi kalau tengok video. Tambahan lagi aku ni dah la rabun. Kalau nak tengok benda-benda yang bersaiz kecil ni, memang buat aku sakit mata laa oii.



6) Pengecasan Yang Pantas

Korang percaya tak yang Honor 8 mampu mengecas dalam masa yang singkat? Percaya la yer. Honor 8 ni memang cepat bila cas. Dalam masa 30 minit sahaja sudah 47% kuasa bateri yang kita cas. Cepat kan. Jadi, kalau kita dalam keadaan nak cepat tu tak payah nak tunggu lama sangat untuk bateri penuh. Sangat cepat. Yang paling bateri telefon Honor 8 memang tahan lama kerana ia mempunyai kuasa 3000mAh yang boleh tahan hampir 2 hari. Best kan?



7) Akses Aplikasi Dengan Lebih Pantas

Salah satu sebab untuk dapatkan Honor 8 jugak ialah ia mempunyai kelajuan seperti cahaya untuk mengakses aplikasi. Takde la asyik hang je kalau nak bukak game atau whatsapp tu. Hehehe. Dilengkapi dengan kuasa 2.3 GHz octa-core CPU memang akan membolehkan kita mengakses aplikasi dengan lebih cepat dan pantas tanpa sebarang halangan.



8) Mempunyai 2 Antena

Paling istimewanya Honor 8 ialah mempunyai dua antena. Lain dari yang lain kan? Antena ini membantu dalam melancarkan untuk kita memilih isyarat komunikasi yang kuat dan ia juga memastikan agar kita sentiasa mempunyai penerimaan internet yang terbaik.





Jadi, kalau korang nak dapatkan smartphone Honor 8 ni boleh laaa tengok di laman web Lazada sebabnya Honor 8 ni dah ada di Lazada sekarang. Korang boleh dapatkan Honor 8 ni dengan harga RM1699 lepas tu siap ada free gift lagi tau iaitu Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass. Aduh, best wei. Untuk maklumat  lanjut korang boleh tengok SINI.


*Boleh juga klik banner dia atas*



Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon