Adat Melayu Yang Bertentangan Dengan Islam

9:30:00 AM
Melayu dan adat resam tidak dapat dipisahkan. Perkara ni bermula dari zaman nenek moyang kita terdahulu. Bagi mereka adat resam ini merupakan tradisi turun temurun yang harus diikuti oleh setiap masyarakat melayu. Namun begitu, tahukah anda bahawa ada sesetengah adat melayu yang bertentangan dengan islam dalam soal kematian masih diteruskan hingga kini? Mungkin selama ini kita tidak mengetahui dan menyedari bahawa semua yang dilakukan itu hanyalah adat sahaja bukan lah ajaran dari agama islam. Jom kita tengok antara adat Melayu yang bertentangan Islam tetapi masih diteruskan hingga kini.



1. Mendengar berita kematian:
Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun


2. Usung jenazah
Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.


3. Tanam jenazah
Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.


4. Kubur jenazah
Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah FARDHU KIFAYAH bagi umat islam.


5. Kenduri arwah
Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama HINDU
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin
Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..
Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua antara adat yang bertentangan dengan Islam.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

8 komen

Write komen
September 22, 2016 at 2:22 PM delete

Betul tu. Kekadang sesetengah dari kita lebihkan adat resam melayu sampai agama diketepikan. Ena selalu nampak ketika tempoh nak majlis perkahwinan.

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
September 22, 2016 at 8:26 PM delete

Byknya kita da terpesong kn..erm.

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
September 22, 2016 at 11:33 PM delete

kita kena ubah,utamakan agama pulok,selama ni tak de ilmu tu dok utamakan adat huhuuu

Reply
avatar
IK Tia
AUTHOR
September 23, 2016 at 9:09 AM delete

Memang apa yang ditulis, ada benarnya sebab saya sendiri menyaksikannya. Tapi kadang payah juga kalau kita sorang je yang gigih nak tegakkan kebenaran. Jadi, kalau sekarang kita dah sedar. Nanti bila dah ada anak, mula dari anak. Didik anak dengan ajaran yang sebetulnya.

Reply
avatar
September 23, 2016 at 7:17 PM delete

sebab masih ramai melayu tak faham kot.. huhu

Reply
avatar
yaya_flanella
AUTHOR
September 27, 2016 at 8:29 PM delete

Bagus entri ni boleh ingatkan generasi sekarang. Tapi org tua kita pula dah sebati dgn adat ni. Kitalah yg kena betulkan kan tapi jgn sampai berbalah pula huhu

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:53 AM delete

Sesetengah perkara tu dah terlalu biasa dibuat sampai org confuse antara adat dengan kepercayaan Islam...

Reply
avatar
November 24, 2016 at 7:52 PM delete

a good reminder. terima kasih :)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon