Asal Usul Nasi Kerabu

12:21:00 PM
Korang suka makan nasi kerabu tak? Mesti suka kan? Lagi-lagi kalau nasi kerabu tu ada lauk ayam goreng atau ayam bakar. Nak lagi sedap boleh letak masin ataupun solok lada. Perghh. Memang menyengat beb. Tapi kalau aku makan nasi kerabu cukuplah hanya sekadar letak lauk sahaja. Ulam-ulaman tak payah letak sebab aku memang tak makan semua benda tu. Hahaha.. Benda wajib ada dalam nasi kerabu aku ialah sambal nyior, budu dan lauk ayam. Takde semua tu memang tak berselera aku nak makan nasi kerabu. Hihi. Ermm, korang pernah terfikir tak tentang asal usul nasi kerabu? Mesti tak tahu kan. Haaa, ni la yang aku nak citer dekat korang tentang asal usul nasi kerabu ni. Aku dapat info ni pun dari kawan aku. Dia share dalam group whatsapp. Jadi, aku nak kongsikan dengan korang pulak. Hihihi.

*gambar dari Google Image*


Asal Usul Nasi Kerabu


Pada suatu ketika dahulu dalam sebuah kampung ada seorang lelaki namanya Pak Abu. Pak Abu ada memelihara seekor kera. 

Tiap-tiap pagi Pak Abu memberi makan nasi pada keranya dalam tempurung, digaul nasi dengan hampas nyior (kelapa).

Setiap kali Pak Abu kasi nasi, sebelum makan kera itu selalu naik atas pokok ambil pucuk daun dan gaul dalam nasi. Kemudian baru keranya makan nasi tersebut.

Pak Abu perhati lagak keranya. Pak Abu pun terfikir agaknya sedap kalau aku cuba cipta nasi macam keranya buat.

Pak Abu pun ciptalah nasi dicampur dengan nyior dan bermacam pucuk daun. Bermula di situlah terciptanya nama NASI KERA PAK ABU.

Lalu dipendekkan nama NASI KERA+BU = KERABU. Rupa-rupanya nasi kerabu penciptanya adalah KERA PAK ABU.


Begitulah asal usul nasi kerabu. Hahaha.. Jangan marah yer korang. Ini hanyalah sekadar hiburan untuk menghibur korang. Mana lah tahu kot-kot korang tengah bersedih kan baca entri aku kali ni jadi hepy. Hihihi. Jangan ambil serius sangat hokeyy. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Hehehe.. Ok lah. Babai.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
September 8, 2016 at 2:30 PM delete

HHahaha cerita cenggini pun boleh.. Apapun nasi kerabu memang sedap auummm

Reply
avatar
qaseh dalia
AUTHOR
September 8, 2016 at 5:01 PM delete

Huwaaa selama ni makan nasi kera la haha

Reply
avatar
Dkna Abza
AUTHOR
September 8, 2016 at 6:11 PM delete

Gigih baca ... Hampeh hahaha

Reply
avatar
Mummy Julia
AUTHOR
September 8, 2016 at 11:19 PM delete

hahahahaa.. Patutlahh namanya unik..

Reply
avatar
Mummy Julia
AUTHOR
September 8, 2016 at 11:19 PM delete

Adoiii awat citer pasal nasi malam-malam ni.. adehhh jenuh nak cari ni kang..

Reply
avatar
September 9, 2016 at 8:10 AM delete

haaaa kite tau makan je hahaha..

Reply
avatar
September 9, 2016 at 11:52 AM delete

dush dushhh! semangat den nakbaca, rupa-rupanya... haha

Reply
avatar
September 15, 2016 at 4:04 PM delete

jadi dengan maksud kerabu tuu makan gaul dgn sayur2 skali... kalau tak makan,dopleh panggil nasik khabu... dopleh jadi ore klate...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon