Monday, September 19, 2016

Isi Masa Lapang Dengan Bermain Game Online JSPuzzles

Hai semua. Kalau korang nak tahu, aku dari kecil suka main Jigsaw Puzzle. Permainan ni sebenarnya menguji minda untuk lebih berfikir dan ketajaman mata kita terhadap sesuatu perkara. Kalau zaman dulu selalu dok beli Jigsaw Puzzle di kedai, tapi sekarang tak payah susah-susah nak beli semua tu. Main melalui online je. Segalanya senang bila main puzzle online di JSPuzzles ni. Klik-klik je. Aku pun sekarang ni kalau bosan, bukak laman web JSPuzzles untuk mengisi masa lapang aku. 




Kalau korang nak main untuk hilangkan rasa bosan atau stress, cuba la main Jigsaw Puzzle Online ni. Korang klik di link ni http://www.jspuzzles.com/. Nanti dia akan keluar macam gambar yang aku tunjukkan di atas. Korang pilih laa gambar yang korang nak main tu. Lepas tu korang pilih pulak kategori pieces yang korang nak main.



Haaa. Ada sampai 225 pieces nak main. Memang jenuh la kan nak selesaikan puzzles ni. Maunya berjam-jam. Kalau aku mungkin sehari kot. Sebab tu aku ambik yang mudah je. Senang sikit nak main. Takde la menambahkan rasa stress nak selesaikan benda tu. hehehe..



Bila dah keluar camni, korang selesaikanlah puzzles tersebut. Senang je kan kalau nak selesaikan yang 25 pieces ni. Kalau yang 225 pieces mau pecah otak rasanya. Hahahaha.. 



Dah siap main keluar laa masa yang di ambil oleh korang untuk selesaikan puzzles tersebut. Jangan gelakkan aku pulak yer sebab ambil masa seminit untuk selesaikan 25 pieces puzzles ni. Hahahaha..


Lepas tu korang tengok laaa kot-kot nama korang tu tersenarai ke tak antara score yang tertinggi untuk kategori 25 pieces. Hehehe.. Mudah je kan..

Kalau rasa bosan tak tahu nak buat apa tu, korang boleh laa main benda ni di smartphone korang tu. Sambil-sambil dok tunggu makanan sampai ke, bukak je lawan web JSPuzzles ni. Boleh la hilangkan sikit rasa bosan korang tu. Hehehe..Ok lah korang. Babai..


9 komen

Teringat zaman UitM dulu. rajin buat puzzle ini dalam bilik hostel

Sekarang jgk nak cuba ... Masa bujang dulu pernah dapat hadiah puzzle ... Tak tau mana pergi hilang nyer ...

Adriana suka la kalau akk bagi dia main puzzle ni

Wahh puzzle pun dah ada online punya !

wah ade apps die erk..leh download ni

dulu main jugak puzzles, dah ada anak ni nak ajar dia main pulak.. best sebab uji minda..

menarik juga ye games macam ni.. boleh bantu sel-sel otak berhubung.. :)

Mai pun suka men puzzle masa kecik dulu, lepastu kalau hilang satu piece tu mengamuk ler. Skrg mai suka main game online y8 ataupun mousecity games. haha

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon