Wednesday, September 7, 2016

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0 | Lasak, berani dan mempunyai semangat ingin tahu adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengan sifat sebegitu. Sebagai penambah keyakinan dalam diri seorang lelaki, Dashing kini muncul haruman baru yang lebih menyegarkan dan boleh menaikkan lagi keyakinan diri buat jejaka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, Dashing membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan dengan koleksi Adventurer yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya buat mereka yang aktif.

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0


Pilihan aku sudah semestinya Dashing EDGE 2.0. Harumannya boleh membangkitkan lagi keberanian dan keyakinan buat si jejaka yang selama ni mungkin mempunyai sifat rendah diri dan kurang keyakinan. Haruman EDGE 2.0 ni lebih menyegarkan dan wangiannya mampu bertahan sepanjang hari. Bagi jejaka yang aktif, wangian EDGE 2.0 ni amatlah sesuai untuk anda.



Dashing Adventurer 2.0


Dashing yang terkenal dalam mengeluarkan produk dandanan untuk lelaki kini tampil dengan wangian terbaru yang lebih menyegarkan. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0


Dashing BOLD 2.0


Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!

Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu. 



Dashing EDGE 2.0


Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran. 


Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0


Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman, mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka.


Deodoran  Semburan 'NO GAS'


Dashing Adventurer amat sesuai untuk golongan lelaki yang sentiasa aktif dan sentiasa menjaga penampilan. Dengan kemunculan deodoran semburan 'NO GAS' yang pertama di Malaysia, ia pastinya akan lebih memberikan kesegaran dan keselesaan buat si jejaka. Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. 

Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.  

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0


Harga Dashing Adventurer 2.0


Bagi korang yang ingin mengetahui harga Dashing Adventurer 2.0 ni, aku dah siapkan senarai harga khusus untuk korang.

  • EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
  • EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST. 
  • Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST. 
  • Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. 

Senarai harga dah ada. Jangan lupa dapatkan Dashing Adventurer di pasaraya berdekatan dengan korang tu. Dashing Adventurer 2.0 pastinya akan membuatkan anda si jejaka lebih yakin dan berani untuk berhadapan dengan segala cabaran. 

4 komen

Wow.. memang wangi ni tapi untuk lelaki.. zati pula bagi siapa pakai tu.. boipren eh??

hahaha...kite bagi kat daddy la PCL..anak yang baik kan..hikhikhik

Akak bagi kat adik ipar je..yg set ni bg kat daddy qhaira...

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon