Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kini Berwajah Baru
Menjaga kebersihan di bahagian intim amat lah penting untuk setiap wanita. Hal ini kerana, di tempat tersebut terkumpulnya bakteria yang boleh menyebabkan kita merasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Lengkapkan rutin penjagaan
peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER
AYU, diformulasi
dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat
dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang
menyenangkan. Selari dengan peredaran masa, Pembersih
Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih
segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk
tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik
bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu
Pembersih
Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi
semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian
yang menarik dan pelbagai. Produk ini di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para
pengguna Muslimah. Antara enam wangian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ialah:
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan
wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya
dalam pelbagai cara.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang
waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria
dan bersahaja.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang
hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati
haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan
terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di
dalam kehidupan.
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa
bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria,
lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Best ke Sumber Ayu ni? Mungkin ada antara korang belum menggunakan lagi Sumber Ayu ni kan. Sumber Ayu ni memang best. Ia membantu menyegarkan bahagian intim kita dari bauan yang kurang menyenangkan. Bahagian sulit pun penting jugak yerr supaya ia sentiasa bersih dari sebarang bakteria yang boleh membahayakan diri kita.
Rangkaian Pembersih
Kewanitaan Daun SirihSUMBER
AYU boleh
didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian
penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER
AYU ini dibawakan kepada
anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini
terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.
0 komen
Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)